Haziq asyik merengek nak pizza. Terpaksala cari resepi kat internet. Cuba-cuba berjaya.. Wow!! Tak caya tengok nih.. Jangan meleleh ayaq liuq sudah..
Nampak sedapkan.. Bukan nampak je, memang sedap pon! Haha.. Syokla Haziq, impian tercapai.. Sengih sampai ke telinga menghias pizza dia. Alhamdulillah.. Meh tengok resepi.. Sat-sat. Lapla dulu ayaq liuq tu... ekekeke
Untuk doh
1. tepung 4 cawan
2. mauripan yis 11 g
3. garam 1/2 sudu teh
4. gula 1 susu besar
5. air pili secukupnya
6. minyak masak 4 susu besar
Topping
1. Keju
2. mayonis
3. sosej
4. sos spageti
5. cendawan
6. bawang bombay dihiris halus
(terpulang pada kreativiti masing-masing)
Cara.
1. Masukkan yis dan gula dalam air. Kacau sampai larut. Biar sampai berbuih.
2. Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan garam dan minyak. Tuang bancuhan yis tadi.
3. Uli menjadi doh.
4. Biarkan doh mengembang selama 2 jam.
5. Lepas 2 jam, bolehla canai dan letak topping.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius (ikut kesesuaian oven masing-masing)
Sekian.. Selamat mencuba.. Pi lekaih cari barang-barang! Satgi pasar raya tutup!
No comments:
Post a Comment