Saturday, 2 January 2016

Syukur...





Syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi nafas... Masih dizinkan untuk menyambut ulang tahun hari kelahiran untuk kesekian kalinya.. Syukur kerana masih dikurniakan nikmat iman. Syukur masih punya ibu bapa, saudara sedarah sedaging; keluarga yang dicintai, dan rakan-rakan... Syukur kerana masih berupaya untuk bergerak, masih selamat, masih waras, dan masih dilindungi daripada kesakitan meski berpenyakit. Syukur kerana boleh merasa nikmat gembira, nikmat berduka, dan segala rasa yang dapat dirasa. Syukur yang tak dapat diluah dengan kata-kata... Syukur atas segala-galanya. 

Alhamdulillah Ya Rabb.... Syukran Ya Rabb....


No comments:

Post a Comment