Monday, 27 December 2021

Happy birthday Yaya!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Demam pulak malam ni.. Tapi gagah nak menulis juga.. Haha..

Apa-apa pon, semoga hidupku, hatiku, keputusanku, duniaku menjadi lebih baik seiring pertambahan usia.. Aamiiin..

Tahun ni, nak share sikit pasal orang yang berzodiak capricorn.. Sekadar hiburan.. Kalau ada yang sama dan positif, kekalkan.. Yang berlawanan pula, untuk muhasabah diri sendiri..











#akusicapricorn
#birthdaygirl


Saturday, 25 December 2021

#12

Kita diciptakan untuk akhirat, tetapi dunia diciptakan untuk kita...

~Sembang Viral TV9



Friday, 24 December 2021

Masih jelas

Masih Jelas

Hafiz Suip


Beralih
Musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi 

Penjara
Hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda yang dilanda kehilangan

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku


Ratib sendu
Bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranamu keranaku dipisahkan

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat ku masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Beralih
Musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Dikau pergi

(T_T)




Tuesday, 21 December 2021

Love is true

 


Tengah melayan drama ni sekarang... Terasa dekat je dengan jiwa.. Kenapa?

Ha, kalau nak tau cabaran seorang perempuan yang tak berkahwin, tontonla drama ni. Memang tepat segala yang diceritakan. Setakat ni, ada cerita pasal cabaran perempuan bujang bekerjaya, tentang  pandangan orang terhadap mereka, kelebihan membujang, kesunyian mereka dan banyak lagi la. Semuanya betul, tepat! (Ni testimoni dari seorang bujang sebenar ye..) Banyak yang Cik Yaya belajar daripada watak utama terutamanya cara mengawal emosi. 

Bila tonton drama ni, baru kenal istilah D.I.N.K. (Dual Income No Kids). Tapi bgi Cik Yaya, istilah ni tak berapa tepat untuk orang bujang. Dah orang tu belum kahwin, tak payah la kaitkan dengan soal anak pula. 

Hari ni dah episod ke-29. Makin beremosi pula drama ni. Sekarang watak utama sedang dihimpit masalah dari semua sudut. Ya, keadaan ni berlaku di dunia nyata. Serangan bertubi-tubi dari orang sekeliling. Tak sabar nak tengok macam mana dia nak menyelesaikan semua tu. Harap penamat ceita ni membahagiakan.. 💪💪

Tisu

Bukan atas katil ni tau.. Ni toto ja.. Sejuk musim-musim hujan ni.. Hehe

Baru lepas habiskan secawan kopi susu dengan cream crackers Hup Seng. Alhamdulillah.. Nak ceritanya, sebelum mula makan tadi, Cik Yaya dah sedia tisu siap-siap kat sebelah sebab tau diri ni cemerkap. Mulut tiris sana sini. Tangan tak berbedong. Magiknya, lepas habis makan, baru perasan, aik tisu masih putih berseri. Takde pulak tumpah sana sini. 

Itulah hidup. Jangkaan kita tak semestinya betul. Kadang-kadang meleset jauh. Kadang-kadang berlaku perkara di luar jangkaan. 

Moralnya, bersedia, dan terus bersedia. Persiapkan diri dan hati. Yey!

Thursday, 9 December 2021

Wednesday, 8 December 2021

Terbiasa

Sungguh!

Cinta itu kebiasaan

Terbiasa ada

Terbiasa buat

Terbiasa di situ

Terbiasa, terbiasa, terbiasa

Segalanya terbiasa!



Sedang mencari kebiasaan di sini... 


Monday, 6 December 2021

Monday, 1 November 2021

Selamat hari lahir dan...

SAYONARA DAISUKINA HITO
By Hana Hana


Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
The one I still love the most

It's very frustrating
It's very sad
You won't return anymore
But still, you are the one I love the most

I can't forget anything
I can't throw away anything
I hate being so miserable
pitiful and weak

Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
Always  the one I love the most
Always always the one I love the most

I won't cry now
Please don't cry now
Our hearts will grow apart
But you are still the one I love the most

This is the end, I tell myself
Until the end, I tell myself
Tears, stop!
So you will remember my last smile

Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
Always  the one I love the most
Always always the one I love the most
Always always always the one I love the most


Literally this is me, that night.. Do you still remember??

Sunday, 10 October 2021

Rindu tak berpenghujung

Beberapa hari lepas, Cik Yaya bermimpi arwah tok. Dalam mimpi tu, Cik Yaya tengah bersembang dengan ayah, tok, dan beberapa ahli keluarga lain..  Satu suasana yang amat dirindui. Tapikan.. tengah-tengah bersembang dalam mimpi tu, timbul kesedaran yang tok dah takde dalam dunia ni.. Cik Yaya tersedar yang itu hanyalah mainan syaitan. Terus Cik Yaya menangis teresak-esak sambil pandang wajah yang memyerupai tok tu. Rinduu.. Lepas tu Cik Yaya terjaga dari tidur dalam keadaan menangis teresak-esak dan terasa pedih sangat hati ni. Mimpi yang paling memyedihkan.. Sama macam Cik Yaya mimpikan si dia dulu.. 

Rindu yang tak berpenghujung... Al-Fatihah buat tok.. Dan semua yang telah pergi.. Nanti.kita jumpa lagi... InsyaAllah..



Sunday, 3 October 2021

A trip to the beach

Starting  the coundown. Another 7 days to go before the school reopening. Persiapkan mental dan fizikal. Sebenarnya persediaan pembukaan tengah berjalan. Dah seminggu dah mula.. Tak sabar nak sekolah macam biasa.. Yeyy!!

Sebelum sekolah mula, pergi tenangkan diri dulu... Haha... Again, with my new friends... Yang baru dikenal hati budinya... 






💕💕💕💕
Jiwaku, semoga cepat sembuh!!

Tuesday, 28 September 2021

PMS is real

Tiap bulan tanpa jemu sindrom-sindrom ni datang...

  1. Sakit pinggang
  2. Sembelit
  3. Kembong perut
  4. Lapar
  5. Mengidam benda manis
  6. Sakit kepala
  7. Mual
  8. Emosi
  9. Sakit-sakit di badan
  10. Kepanasan
Di saat ni, sedang menikmati semua di atas.. Alhamdulillah.. Di saat hujan membasahi bumi, Cik Yaya duduk dalam aircond sambil minum air ais.. Ditemani minyak angin dan minyak cap kapak..Haha.. Kegilaan apakah itu? What to do? Rilex and enjoy the moments laa... Ekekeke..









Friday, 24 September 2021

It's all because of you! ....and the foolish me...

Because Of You
Kelly Clarkson

I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself
Cause my heart so much misery
I will not break the way you did
You fell so hard
I've learned the hard way
To never let it get that far

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I lose my way
And it's not too long before you point it out
I cannot cry
Because I know that's weakness in your eyes
I'm forced to fake
A smile, a laugh every day of my life
My heart can't possibly break
When it wasn't even whole to start with

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I watched you die
I heard you cry every night in your sleep
I was so young
You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry in the middle of the night
For the same damn thing

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I try my hardest just to forget everything
Because of you
I don't know how to let anyone else in
Because of you
I'm ashamed of my life because it's empty
Because of you
I am afraid

Because of you (oh)
Because of you (mm, oh)




Thursday, 16 September 2021

Mak yang biasa

Aku yang pertama untuk dia. Bermula gelaran 'mak' bila hadirnya aku ke dunia. Pengalaman yang pertama tak pernah mudah kan... Dalam hidup, banyak kesilapan, kekesalan, tapi banyak juga kebahagian yang tercipta. Itu resmi dunia..

Dia anak kedua dari tiga adik beradik.. Itu yang seibu seayah.. Tapi dia ada banyak kakak dan abang yang seibu atau seayah.. Cik Yaya pon tak kenal semua. Walaupon hidup serba kekurangan, dia membesar bahagia. Dimanja dan disayangi semua.. Alhamdulillah.. 

Cik Yaya anak sulung dan satu-satunya anak perempuan. Orang kata, kakak ni ibarat emak kedua bagi adik-adik. Bila fikir balik, macam betul je.. Apa yang mak buat, Cik Yaya akan buat sama. Sampaila, Cik Yaya kena buat benda tu sendiri. Mak sibuk menguruskan adik-adik. Cik Yaya la yang bantu sama menguruskan. Banyak sangat pengalaman bersama-sama mak.. Terutamanya di dapur.. Banyak ilmu yang Cik Yaya belajar.. Masak memasak, buat kuih muih dan mengait.. semua dari mak.

Mak sama dengan mak-mak lain dalam dunia. Membebel, marah, cerewet, itu perkara biasa. Pandai menguruskan rumah tangga... Pandai memasak? Itu pasti! Masakan seorang ibu tak pernah gagal di tekak anak-anaknya kan.. Itu juga biasa.. Yang biasa lagi ialah kasih sayang mereka. Biasanya tiada sempadan, tiada had. Marah hanya seketika. Dendam tak pernah wujud... Sebesar mana pon anak, tetap 'anak' di hati seorang mak.. Mak memang mak yang biasa..

Hari ni hari lahir mak yang ke 60 tahun.. 

Selamat hari lahir mak.. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati Allah SWT selalu.. 

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Kau jagalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menjaga aku sewaktu aku masih kecil.. Aamiin... 




Antara kegemaran mak yang baru Cik Yaya sedar..
1. Brownies
2. Udang
3. Durian
4. Coklat

Kenapa baru sekarang tahu? Apa lagi yang tak tahu? 😢😢 Sebak pulak bila fikir...


Wednesday, 15 September 2021

Al-Hadid

Sedikit perkongsian selepas menonton Al-Quran, Sains dan Kiamat (ASK) yang disampaikan oleh  Dato' Dr Zainal Abidin minggu lepas..

Ayat di atas menjelaskan bahawa salah satu benda yang diturunkan oleh Allah ialah besi. 

Kenapa 'diturunkan'?

Untuk memahaminya, jom kita belajar dari mana datangnya besi?

Suhu bumi yang paling tinggi ialah 7000 °C

Suhu matahari mencapai 20 juta °C.

Suhu di bumi dan matahari masih belum cukup untu menghasilkan besi kerana besi wujud dalam suhu ratusan juta darjah celcius.

Jawapannya, besi wujud dari bintang yang lebih besar (supernova) yang bersuhu tinggi dalam alam semesta. 4.5 bilion tahun yang lalu, berlaku letupan supernova yang mengandungi besi di dalamnya dan besi tersebut berserakan dan akhirnya berlanggar dengan bumi dan terenap di bumi.. Inilah penjelasan bagaimana besi 'diturunkan' ke bumi. Maha benarlah (apa yang difirmankan)  Allah yang Maha Agung..

Dalam maksud ayat di atas juga menyatakan bahawa besi banyak kegunaannya kepada manusia.

Jadi, apa fungsi besi?

Selain daripada besi maujud yang digunakan dalam pembinaan atau pembuatan, ada lagi kegunaan besi yang kita tak nampak dan tak sedar...

Yang Cik Yaya ingat ialah, besi digunakan untuk menghasilkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin ni berfungsi mengangkut oksigen ke sel-sel badan. Ha... pentingkan.. Tak de oksigen, apa pon tak jadi.

Selain itu,  besi penting juga untuk tumbuhan. Dengan adanya besi, berlakulah proses sintesis klorofil. Besi juga mengangkut oksigen ke seluruh tumbuhan. Klorofil dan oksigen adalah antara komponen utama fotosintesis iaitu proses tumbuhan membuat makanannya. Tak de makanan, tak hidupla pokok. Tak de pokok, manusia boleh hidup ke? Ha.... Tanya jeee..

Sekian perkongsian malam ni..  Segala yang benar, datangnya dari Allah SWT, segala yang salah datangnya dari kekhilafan Cik Yaya sendiri... Mohon dibetulkan.. Semoga bermanfaat..



Tuesday, 7 September 2021

About us

 


🤔🤔🤔 Is it the same sky? Or different?

#teringinnakbaca
#menariktajukbukuni

Taufan

Hurricane 
~Fleurie


I can feel your heart hanging in the air 
I'm counting every step as you climb the stairs 
It's buried in your bones, I see it in your closed eyes 
Turning in, this is harder than we know 
We hold it in the most when we're wearing thin 
Comin' like a hurricane, I take it in real slow 
The world is spinning like a weathervane 
Fragile and composed 
Though I am breaking down again I am aching now to let you in 
Seven times again when you are not awake
Seven times the flame, too much to take 
The sky burns red against your skin 
The world we know turns in the wind 
Coming like a hurricane, I take it in real slow 
The world is spinning like a weathervane 
Fragile and composed 
Though I am breaking down again I am aching now to let you in 
It's all we know, all we know, the hurricane 
Falling slow, falling slow in the pouring rain 
It's all we know, all we know, the hurricane 
Falling slow, falling slow in the pouring rain 
Watch it go, watch it go, we stay the same 
And I don't know, I don't know how it can change 
Watch it go, watch it go, we stay the same 
And I don't know, I don't know how it can change 
And I don't know, I don't know how it can change 
It's all we know, all we know, the hurricane



Monday, 6 September 2021

Kebetulan yang nyata

Ada seseorang yang jauh. Jauuuuuuuh sangattttttt.. Betul-betul jauuuuuuuuuh... Tetapi terasa macam dekat dan berhubungan.. Menarik kan? Ada masanya dia seperti menjawab pertanyaan Cik Yaya.. Seperti membalas permintaan Cik Yaya.. Seperti menunjukkan dia peduli dan sedar akan kewujudan Cik Yaya.. 

Kebetulan kah itu?

Atau hanya khayalan? Mainan perasaan.. 

Bingung sekejap...

Cik Yaya harap sangat semua tu bukan kebetulan.. Tapi kenyataan.. Walau pun jauh, hubungan tu akan jadi bermakna.. Ada seorang kawan yang berlainan dunia dengan Cik Yaya, mesti seronok bertukar cerita.. Kan bagus kalau ianya nyata... I really need a penpal in my life.. 

Mungkinkah?

Tetiba terasa nak makan benda ni di jam 1.00 pagi... Esoklah cari.. Selamat malam..


Kalau la dia faham... 🤔 Hmmm...