Wednesday 15 September 2021

Al-Hadid

Sedikit perkongsian selepas menonton Al-Quran, Sains dan Kiamat (ASK) yang disampaikan oleh  Dato' Dr Zainal Abidin minggu lepas..

Ayat di atas menjelaskan bahawa salah satu benda yang diturunkan oleh Allah ialah besi. 

Kenapa 'diturunkan'?

Untuk memahaminya, jom kita belajar dari mana datangnya besi?

Suhu bumi yang paling tinggi ialah 7000 °C

Suhu matahari mencapai 20 juta °C.

Suhu di bumi dan matahari masih belum cukup untu menghasilkan besi kerana besi wujud dalam suhu ratusan juta darjah celcius.

Jawapannya, besi wujud dari bintang yang lebih besar (supernova) yang bersuhu tinggi dalam alam semesta. 4.5 bilion tahun yang lalu, berlaku letupan supernova yang mengandungi besi di dalamnya dan besi tersebut berserakan dan akhirnya berlanggar dengan bumi dan terenap di bumi.. Inilah penjelasan bagaimana besi 'diturunkan' ke bumi. Maha benarlah (apa yang difirmankan)  Allah yang Maha Agung..

Dalam maksud ayat di atas juga menyatakan bahawa besi banyak kegunaannya kepada manusia.

Jadi, apa fungsi besi?

Selain daripada besi maujud yang digunakan dalam pembinaan atau pembuatan, ada lagi kegunaan besi yang kita tak nampak dan tak sedar...

Yang Cik Yaya ingat ialah, besi digunakan untuk menghasilkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin ni berfungsi mengangkut oksigen ke sel-sel badan. Ha... pentingkan.. Tak de oksigen, apa pon tak jadi.

Selain itu,  besi penting juga untuk tumbuhan. Dengan adanya besi, berlakulah proses sintesis klorofil. Besi juga mengangkut oksigen ke seluruh tumbuhan. Klorofil dan oksigen adalah antara komponen utama fotosintesis iaitu proses tumbuhan membuat makanannya. Tak de makanan, tak hidupla pokok. Tak de pokok, manusia boleh hidup ke? Ha.... Tanya jeee..

Sekian perkongsian malam ni..  Segala yang benar, datangnya dari Allah SWT, segala yang salah datangnya dari kekhilafan Cik Yaya sendiri... Mohon dibetulkan.. Semoga bermanfaat..



No comments:

Post a Comment