Sunday, 18 October 2020
Resepi tart nanas
Hari ni hari Ahad.. Cik Yaya bangun jam 5.30 pagi sebab dah terbiasa. Lepas subuh, golek-golek atas katil sambil layan facebook. Bosan.. Tup-tup teringat nak buat tart nanas. Projek tertangguh yang berbulan-bulan dah. Semua barang-barang dah ada. Terus cek resepi kat youtube.
Bahan-bahan
-Inti jem nanas secukupnya-dalam 600g.
-500g tepung gandum
-325g mentega
-3 biji kuning telur (2 untuk adunan dan 1 lagi untuk eggwash)
-25g gula aising
-50g susu pekat manis
-1 sudu teh esen vanilla
-paper cup secukupnya-dalam 100 biji
Cara-cara
1. Timbang 6g jem nanas dan bulatkan. Letak tepi. Gigihla Cik Yaya menimbang..
Thursday, 15 October 2020
Pengaruh Korea..
Tuesday, 13 October 2020
Resepi Patin Masak Tempoyak
Pertama kali buat.. Aaaaa... Sedapppp
Hehe.. Ni bukan lauk yang biasa dimakan di rumah. Tapi tak taulah kenapa, rasa teringin sangat.. Makanya cari resepi di internet dan buat.. Jadiiiii!!! Ha, mana Cik Yaya tau jadi? Sebab rasa sebijik macam makan kat kedai.. Kompem!! Haha.. Nak tulis resepi la kat sini supaya tak lupa.. Nanti boleh buat lagi. Yey!
Bahan
1. Ikan patin
2. 2 senduk kayu tempoyak
3. Sejemput daun kesom
4. 3 biji cili padi diketuk saja sebab I is tak tahan pedas.. Nak tumbuk pun boleh..
5. 2cm kunyit hidup ditumbuk atau sesudu teh serbuk kunyit
6. Air secukupnya
7. Garam secukupnya
Cara
1. Campak semua kecuali ikan patin ke dalam periuk atau kuali.
2, Masak sampai mendidih.
3. Lepas mendidih, bolehla masukkan ikan patin.
4. Reneh api perlahan sampai ikan patin masak.
5. Sedia untuk dihidang... Mudahnyaaa..
Sekian resepi.. Selamat mencubaaa..
Sunday, 11 October 2020
Resepi Puding Roti Karamel
Tiada gambar nak tunjuk. Cuma nak kongsi resepi..
Bahan karamel
-8 sudu besar gula
Bahan puding
-6 keping roti gardenia
-12 sudu besar gula
-6 biji telur
-1cawan air
-1 tin susu sejat
-esen vanilla
Cata-caranya
-Karamelkan gula dan tuang dalam loyang. Biarkan sejuk dan mengeras.
-Carik roti dan rendamkan ke dalam air.
-Masukkan telur, gula, susu sejat, roti, esen dan air ke dalam pengisar dan kisar sampai sebati.
-Kemudian tuang adunan di atas gula karamel yang telah keras.
-Kukus selama 30 minit.
-Selepas 30 minit, tutup api dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, dinginkan dalam peti sejuk.
-Sedia untuk dinikmati.
Sedapppp :P
-
Tuesday, 6 October 2020
Mask extender
Saturday, 3 October 2020
Resepi air kurma epal
Tak taula wujud ke tidak air ni. Tapi setakat hari ni Cik Yaya minum, masih sihat. Takde lagi keracunan. Rasanya selamat kot..
Bahan
1) Buah epal hijau - sebiji
2) Kurma - ikut suka kalau nak manis, letak banyak, tak mau manis, letak sikit.
Cara
1) Buang biji kurma dan rendam dalam air panas.
2) Kupaslah kulit epal..
3) Bila air panas dah sejuk, kisarlah dua bahan tu sampai hancur.
4) Tuang dalam gelas berisi ais..
5) Sedia untuk diminum..
-
Itik berenang dalam perigi, Ayam nampak geli hati, Seminggu lagi sekolah cuti, Wow, berbunga- bunga rasa hati. Ayam ketawa masuk longk...
-
Pertama kali rasa kuih ni memang tak boleh nak terima. Tapi bila dah kali kedua ni.. Aik, macam magic.. Sedapnyaaaaa!!! Rupa kuih ni...
-
Selalu sangat dengar kan? Teringat satu masa dahulu ada kawan yang mempersoalkan maksud kedua perkataan ni.. Yang Cik Yaya tau, Hidayah mak...
















