Sunday, 2 February 2020

Mini apam balik in the house!!

Dari semalam dok terbayang-bayang apam balik.. Check resipi kat youtube.. Check dapur, barang semua ada.. Tapi macam biasa la.. Versi derhaka resipi.. Haha

Bahan-bahan:
1) 3 cawan tepung gandum
2) 1 3/4 air
3) 1 biji telur
4) 1 sudu teh yis
5) 1/2 sudu teh soda bikarbonat
6) 1/2 cawan gula
7) Secubit garam
8) 3 sudu besar marjerin atau mentega yang dicairkan
9) Toppings

Cara-cara
1) Masukkan air, yis dan gula dalam 1 bekas. Kacau sebati. Biar 15 minit.
2) Satukan tepung, telur, garam dan soda bikarbonat dalam bekas lain.
3) Adun sebati kedua-dua bahan. Akhir sekali masukkan marjerin atau mentega cair.
4) Perapkan selama sejam.


Jadila macam ni..

Topping biasa je.. 

Bukak api slow.. Sebab masak sebelah je ni.. Kang api kuat bahagian bawah hangus, bahagian atas mentah.. Panaskan pan dan masukkan sesenduk adunan.. Kalau letak banyak, jadi tebal,.. Letak sikit, nipisla.. Tunggu sampai nampak buih2 muncul dipermukaan.

Kemudian, bolehla letak topping.. Lagi tamak lagi sedap.. Hahaha

Lepastu, lipat...


Taraaa.. 1 adunan resepi boleh dapat 13 mini apam balik.. Yummy!!

Selamat mencuba!!

Monday, 11 November 2019

Kami makan-makan

Bersama kelas kesayangan lagi.. Haha.. Kali ni belanja makan sadwich. Sebenarnya ni dalam tajuk reka bentuk makanan RBT. Tapi tak sempat nak mereka-reka dah aih.. Lapo!! Haha..











Sedap ke? Ekeke.. Yang penting kita enjoy!!

Sunday, 10 November 2019

Buat kek hari niiiii

Perghhh.. lama gila tak buat kek.. Hari ni multi task.. Sambil menanda sambil buat kek.. Haha.. Penat tapi best.. Bestnya bila tengok kek yg dah siap tu.. Macam ni..



Kepuasan tu tak dapat nak digambarkan.. Asik dok menatap ja.. Haha.. Kek dah siap.. Tapi paper tak siap tanda lagi ni.. Ottokeee!!! Jom-jom sambung!! Bye!!


Monday, 21 October 2019

Bila aku menjadi aku..



Yup!! Cik Yaya memang suka memerap di rumah.. Kalau tak de benda yang mewajibkan atau tidak menarik minat, Cik Yaya takkan keluar.. Tapi ada orang tak faham.. Gelar Cik Yaya kera sumbang.. Tapi ini hidup Cik Yaya.. Selagi tak memberi masalah pada orang lain, Cik Yaya rasa okey!! Cik Yaya tak suka berada di suatu tempat yang bukan hak Cik Yaya.. Tak selesa.. Boleh tak terima Cik Yaya sebagai Cik Yaya.. Jangan cuba mengubah apa-apa.. Tolonglah!!


Mengait

Lama nau nau tak mengait.. Tetiba dapat seru.. Haha.. 
 

Untuk baby Hud.. Cik Yaya doakan semoga membesar menjadi anak yang soleh, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, beriman dan menjadi orang yang berguna.. Amin Ya Rabb... 

Akuaponik 2019

Mereka ni pelajar kelas hujung.. Ajar diorag tak boleh marah-marah.. Tak boleh perli-perli.. Lurus jer.. Ada masa kena pujuk-pujuk.. Ada masa kena ambil hati.. Meskipun hujung, mendengar kata.. Menyembang nombor 1!! Macam-macam cerita keluar. Meskipun hasil tak seberapa.. tapi cukup membanggakan hati cikgu diorang ni.. Sebab cikgu ni faham dan tahu sangat keupayaan diorang.. Tahniah kerana mencuba!!






👏👏👏👍👍👍