Friday, 23 October 2015

Mencuba linut..

Yey! Akhirnya dapat juga merasa linut.



Siap tunjuk demo lagi cara nak masak linut tu.. Hehe..

Memula masukkan tepung sagu.


Kacau dengan air sampai semua larut.


Lepas tu masukkan air mendidih.

Sambil masukkan, sambil kacau.


Kacau lagi..


Dia akan jadi pekat dan kental.. dan terjadilah linut.


Bolehla makan bersama-sama kuah tempoyak dan sambal belacan..

Terima kasih pada kawan-kawan yang menjemput...  (^_^)Y

Thursday, 22 October 2015

Sunday, 4 October 2015

Empangan hati..

Sudah lama
Sudah terlalu lama
Umpama kaku dalam hutan sunyi
Terperangkap dalam empangan hati
Perjalanan yang panjang
Melelahkan
Menghauskan
Namun kaki tetap melangkah

Tiba di persimpangan itu
Ku temui dia
Dia yang sudi menjadi peneman
Berpimpin tangan

Dia umpama taufan
Meretakkan empangan hatiku
Melimpahkan air keresahan
Kesunyian
Kerinduan

Hari ini
Sungai mengalir jernih
Dihiasi bebatu kecil nan indah
Dihiasi ikan-ikan bewarna pelangi
Mengharap sampai ke muara abadi

~Yaya~

Kami buat kimchi!!

Dah lama Cik Yaya berhajat nak buat Kimchi (김치) .. Akhirnya terlaksana.. Thanks to my housemate.. Semangat sungguh!! Hehe... Kami  cari resepi di internet.. Lepas tu pi kedai sesama cari barang..

Sayur
Kobis (napa cabbage)
Lobak putih
Daun bawang
Lobak merah
Garam

Bahan bubur
2 sudu besar tepung pulut
1/4 cawan gula
2 cawan air

Bahan paste kimchi
Serbuk cili (ikut suka)
1 cawan sos ikan/ cencalok
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan-bahan yang diperlukan.
Sayur kobis dilumur ngan garam. Biar 3 atau 4 jam. Lepas bilas beberapa kali. Perah air elok-elok. Sejatkan..


Bubur dimasak di atas api sampai jadi lutsinar.


Lobak putih dan daun bawang dihiris  memanjang.


Bahan paste kimchi kecuali serbuk cili dikisar.


Campurkan paste kimchi dengan bubur, serbuk cili, daun bawang dan lobak putih.
 Lepas tu lumur kat kobis. Simpan dalam bekas.


Letak bekas kat suhu bilik sehari semalam. Lepas tu barula masuk peti..


Alhamdulillah.. Akhirnya dapat merasa kimchi.. Rasa dia masam.. Tapi boleh buat kita addicted..  

Korang kena cuba tau!!

Saturday, 3 October 2015

Still...

REGRET IS ALWAYS HEART BREAKING!!

BEING APART IS ALWAYS THE SADDEST!!

Monday, 28 September 2015

Kami menambah jerebu di kapit!!

Dah dekat 2 tahun dok Kapit.. Baru kali ni jadi berBBQ dengan hosmet.. Puas hati.. Walaupun penat, tapi dapat spend quality time dengan hosmet2.. Pada masa yang sama add on jerebu di Kapit!!




Sesi membuat bara.. Banyak susah da.. Guna lilin, guna plastik, guna botol air mineral, guna kotak, surat khabar tak yah cakap la.. Selepas 2 jam berusaha baru berjaya.. Sungguh!! Usaha tangga kejayaan!!



Sesi membakar..


Sesi makan.. Nyum2!! Kena buat lagi ni!!