Wednesday, 29 January 2025

Tragedi CNY

Aku maluuuuu..  Hahahahaha...

Sekali lagi mengutip cerita memalukan dalam hidup.. kihkihkih.. Ceritanya, Cik Yaya terjatuh di khalayak ramai! Hahaha.. Mana tak ramainya, kedai tu je yang bukak hari ni.. Kan hari ni cuti umum sempena Chinese New Year.. Korang boleh bayangkan bertapa crowdednya kedai tu hari ni. Boleh pulak masa nak keluar dari kedai tu tergelincir, split kaki macam ballerina terlatih pencen. Hahahahaha.. Lepas tu bangun sendiri dalam keadaan terpinga-pinga sebab tak percaya benda tu terjadi. Tengok kanan, tengok kiri, mencicit masuk kereta. Dalam kereta terus ketawa terbahak-bahak. Maluuuu. Sakit tu tidak, hanya maluuu. Tapi kan, sebelum balik rumah sempat singgah beli burger dulu.. Siap bercerita dengan kak Midah, kakak kedai burger pasal tragedi tu..  Ketawa besar dia laki bini. Hahahaha..

Pernah terjadi kes yang sama masa muda belia dulu. Terjatuh masa melintas jalan. Ambil masa lama jugak la nak menerima hakikat. Tapi hari ni berbeza. Usia memang mematangkan kita kan. Hal-hal sepele tak lagi mengganggu hidup kita. Alhamdulillah..

Cuma satu harapan Cik Yaya, semoga tak nampak la apa-apa aib masa jatuh tu.. Hahahaha.. Rasa macam jatuh dengan sopan santun dah tadi... (^0^) Hohohoho.. Bye3 


No comments:

Post a Comment