Thursday 25 July 2024

Tentang penyesalan

Baiklah, saya mengaku saya dah belajar sesuatu yang pahit dalam dua hari ni. Belajar erti penyesalan. Bersyukur sebab apa yang disesalkan tidak melibatkan nyawa. Hanya hati yang terluka. Cukup menginsafkan.. 

Rupanya sakit betul penyesalan. Kita menyesal bila kita tak buat sesuatu yang patut kita buat. Kita nak buat tetapi keinginan itu tertutup dengan sesuatu. Seolah-olah penyesalan tu memang dah termaktub dan ditakdirkan dalam kehidupan kita. Akhirnya kita menyesal. Dan bayangan perkara yang patut kita buat tu berlegar-legar dalam kepala. Muncullah kata 'kalau'.  Kalau aku begitu.. Kalau aku begini.. Terfikir, apakah ada sesuatu yang kita boleh lakukan untuk mengelak terjadinya penyesalan?

Cik Yaya sangat bersyukur atas pengalaman ni. Akan Cik Yaya simpan dan jadikan panduan hingga ke akhir hayat. Sakit, sedih, sayu.. Rasa-rasa ini akan menguatkan lagi hati dan jiwa Cik Yaya untuk menempuh kehidupan mendatang. Kali pertama tak pernah mudah kan?


"Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah syurga

Bersyukurlah pada yang kuasa

Cinta kita di dunia

Selamanya"


I'm sorryyyyy girls. Let's do better next time. Yeahh..

What doesn't kill you makes you stronger!! Huh!!

#setiapharibelajar

#pengalamanhidup

Tuesday 16 July 2024

Alone without you

I am alone

Tied by the past

The fragrance of the flowers

The brightness of the sun

The breeze of the wind

The laughter of the people

No matter how beautiful the world is

Still

I am alone


Yaya Hanani

10 Muharram 1446H



Monday 1 July 2024

Yang ke-9

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Permata keluarga kami yang ke-9. Baby boy 3.6 kg selamat melihat dunia pada 25 Jun 2024. Syukur semuanya selamat..

Nama belum dipastikan lagi. Ayahnya tak umumkan lagi. Tok Wan kata Nur Hayyin. 



Mak Long doakan adik membesar dengan sihat, taat pada perintah Allah SWT, patuh pada ibu bapa, cerdas pemikiran dalam belajar ilmu bermanfaat, berEQ dan IQ yang tinggi dan menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Aaamiiin... 

Sebut pasal anak ni kan, teringat cerita semalam. Semalam Cik Yaya bersama dua orang kawan hadir ke mesyuarat ke suatu tempat yang satu jam setengah dari rumah. Kami naik satu kereta. Cik Yaya memandu. Disebabkan perjalanan agak jauh, banyakla cerita yang terkeluar dalam kereta. Disebabkan mereka berdua ni mak-mak, banyakla cerita pasal anak-anak masing-masing. Cik Yaya senyap dan dengar je la. 

Kawan pertama mengeluh tentang kehidupan anaknya di asrama. Dia ada dua anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua-dua tinggal di asrama yang tak jauh dari rumah. Ada dalam kalangan kawan anak lelakinya yang tertangkap masalah disiplin kat sekolah. Jadi dia mengesyaki anaknya terlibat sekali. Banyak kali dia dapatkan kepastian daripada anak lelaki dia tu. Galau betul.

Kawan yang kedua pulak risau dengan anak perempuannya.  Dia ni ustazah. Tapi anaknya selalu berpakaian yang tak sopan dan tak menutup aurat sepenuhnya. Sayu je bila dengar dia meluahkan perasaan pasal anak dia tu. Katanya dah banyak kali ditegur pasal masalah tu, tapi anaknya tetap tak berubah. Kawan ni malu... Dia bezakan anak dia dengan anak orang lain. Anak orang nampak sopan je, tapi anak dia nak pakai baju lengan panjang pon susah.

Masalah diorang ni tak la berat mana. Tapi Cik Yaya tak berani nak komen tentang masalah diorang ni. Sedar diri sebab tak ada anak. Nanti dikata tak memahami hati ibu-ibu pulak kan. Jawapan Cik Yaya dah tentu mengikut logik akal dan pemerhatian je...

Makanya siapa yang harus dipersalahkan dalam kes ni? Siapa? Siapa? Siapa boleh bagi jawapan? Anak-anak atau ibu bapanya? Atau mungkin cikgunya? Kawan-kawan, adik beradik atau sepupu sepapatnya? Atau mak cik kantin, tokey kedai runcit? Adakah keadaan? Adakah suratan?

Hahahaha. Dah mula nak mengarut. Inila komitmen yang tak sanggup Cik Yaya hadap. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Buat manusia memang senang. Cik Yaya tahu Cik Yaya tak de bakat dan kesabaran tu. Rasanya Cik Yaya dah boleh paham kenapa ada pasangan yang memilih untuk tidak beranak (childless couple) sepanjang hidup. Isu hot sekarang tu.. Bagi Cik Yaya, yang penting hiduplah dengan bahagia dan pastikan bahagia itu dibentuk dengan cara kita sendiri.

Begitulah... Acap kali perasaan NAK tu akan dipancung oleh komitmen. Dan Cik Yaya tahu yang Allah lebih tahu. PerancanganNya tak pernah salah. Cik Yaya yakin itu!!

Wednesday 26 June 2024

Bad mood


Dah dua hari sekolah Cik Yaya jadi tuan rumah untuk satu karnival peringkat daerah. Sepanjang dua hari ni macam-macam pertandingan dipertandingkan dan sekolah-sekolah sekitar menghantar penyertaan. Jadi apa yang bad moodnya?

Bila diadakan karnival macam ni, setiap sekolah akan hantar penyertaan murid bersama guru pengiring. Itu yang Cik Yaya tak suka. Boleh dikatakan kami, cikgu-cikgu di daerah ni hanya berjumpa setahun sekali je. Berjumpa hanya bila ada program atau mesyuarat. 

Dari sinilah punca masalahnyaaaa. Cik Yaya tak tahu nak react macam mana bila jumpa dengan orang yang baru, orang yang Cik Yaya pernah jumpa tapi Cik Yaya tak ingat nama dia atau dia yang tak ingat Cik Yaya. Serba salah jadinya. Stress!

Hari pertama semalam okey lagi. Tapi hari ni, Cik Yaya rasa nak meletup. Dah tak boleh nak terima keadaan ni. Balik sekolah tadi rasa nak termuntah, rasa bersalah, rasa menyesal, rasa nak marah. Pendek kata bad mood. Susah nak terangkan rasa sebenarnya. Nasib baik la duduk sorang-sorang. Tiadalah jiwa yang terluka akibat rasa yang tak best ni.

Benda ni bukan kali pertama. Tiap kali balik kampung jumpa saudara mara pon sama. Same feelings. Kadang-kadang balik mesyuarat pon rasa benda ni. Terutama bila Cik Yaya banyak bercakap. 

Dan Cik Yaya tahu apa ubatnya. Lepas habis semua episod perjumpaan beramai-ramai ni, what I need to do is to be alone. I need my own sweet time to recover. To recharge. To be normal again. 

Dan saat menulis ni, masih lagi cuba menstabilkan diri. Kadang-kadang lepas menulis, Cik Yaya akan rasa lega. 

It's not normal kan... 

Maybe even longer... 


Monday 17 June 2024

Happy Eid Aidiladha Mubarak

Salam pengorbanan buat semua.. Apa menu korang hari ni? Alhamdulillah atas segala kurnian rezeki daripasa Allah SWT.. Alhamdulillah atas segala nikmat yag dirasa.. 

Aidiladha tahun ni sunyi sebab anak-anak saudara tak balik beraya. Cuti pendek sangat.. Apakan daya.. Mabuk rindu la tok dengan tok wan depa.. Hahaha.. Asik dok menyebut dan bercerita tentang keletah cucu-cucu kesayangan. Pagi-pagi, lepas balik sembahyang raya dok bervideo call. Tula.. Masa cucu-cucu balik kadang-kadang sampai tak terlayan. Sakit badan lah.. Rumah bersepah lah.. Sampai main sembunyi-sembunyi. Hahaha.. Begitulah.. 

Jadinya, kami yang bujang-bujang saja yang beraya kat rumah ni dengan mak dan ayah. Hoorayyy.. Terasa suasana macam kecik-kecik dulu. Bebasss. Hahaha.. Bila dengan purely ahli keluarga, senang cerita sebab dah faham perangai masing-masing. Jadi senang buat keputusan. Senang buat kerja. Sebagai introvert, Cik Yaya sukaaaa macam ni..

Nasi impit kuah lodeh

Mee kari

Ketupat palas cicah gulai daging

Kerepek-kerepek dan kuih raya.
Ada juga kek carrot dan brownies yang tak diambil gambarnya.

Alhamdulillah... Menu kami hari ni.. Selamat menjalankan ibadah korban. Selamat makan daging korban. Selamat berkorban jiwa dan raga. Jaga diri. Ihklas dari saya yang terkorban perasaan.. Eh, tiberr.. Hahaha..


Friday 7 June 2024

Ikut Lawatan (3)

Hai hai hai.. Jumpa lagiii

Sebelum  balik ke rumah, kami berjalan-jalan dulu. Destinasi pertama tentulah Rantau Panjang. Kita makan dulu!




Air favourite sepanjang perjalanan. Dari Thailand sampai ke Malaysia. Blue Lemon Soda. 




Lepas tu barulah menjamu.mata sambil membeli belah.



Singgah di tepi pantai.. Pantai Penarik Setiu.. Anginnya menggoda sungguh.. Ralit dok situ..

Melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Kami singgah juga kat gerai-gerai di situ. Misi mencari makan malam. Tapi macam biasa, Cik Yaya bukan pendokumentasi berjaya. Sokmo tak ingat nak ambil gambar. Kalau telepon dah menetap dalam beg, payahla nak ditarik keluar. 

Lepas habis makan, terus bergerak balik sampaila ke rumah. Alhamdulillah. Selamat sampai masing-masing. Berakhirlah perjalanan kami.. Terima kasih Allah.. 



 

Wednesday 5 June 2024

Ikut Lawatan (2)

Hai hai hai! Welcome back guys.

Sambung cerita, selain daripada melawat universiti dan sekolah  kami juga pergi menyinggah ke tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan.

Nakhon Si Thammarat Provincial Central Mosque

Masjid Kersik atau juga Kerisik, Kerisek, Krisek Keresik, Kresik, Kresek, Krue Se dan Gresik atau juga dikenali sebagai Masjid Sultan Muzaffar Shah atau "Masjid Pintu Gerbang". Banyak kan namanya. Cik Yaya pernah tengok pasal masjid ni dalam salah satu episod dokumentari Atlas Masjid Nusantara. Tak sangka dapat melihat sendiri di depan mata. Happy! Alhamdulillah




Pergi shopping kat Nora Plaza. Banyak barang kulit dan kraftangan kat sini.

Kali kedua menjejakkan kaki ke Samila Beach.

Kali pertama makan snack ni kat Samila.. Cucur udang yang penuh udang. Sampai Cik Yaya recreate balik kat rumah. Haha.. Nanti Cik Yaya tunjuk dalam post lain ye.. Sipi-sipi kejadiannya. Sama tapi tak serupa.  (Show off mode on, hahaha)

Misi mencari benda alah ni di sepanjang Samila Beach sebab pernah makan kat sini dulu. Akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Yey, puas hati!

Melawat Khlong Hae Floating Market lagi..


Sekali lagi saya ingin membuktikan bertapa setianya Cik Yaya. Banyak-banyak makanan yang terjual di Floating market tu, Cik Yaya hanya mencari dua makanan ni je. Sebabnya inilah yang Cik Yaya makan masa kali pertama datang dulu. Hmmm..


Kali pertama ke Kaysorn Sorvenir Shop. Macam-macam ada kat sini. Cenderahati macam keychain, buah-buahan kering, kekacang, sabun, pakaian, beg, minyak angin, baju dan macam-macam lagi. Memang one stop center lah.

Akhir sekali singgah ke Sakom Beach Market. Tapi sayangnya Cik Yaya tak sempat snap gambar sebab terlalu sibuk memborong kacang-kacang dan buah-buah kering. Memang best dan rambang mata. 

Gambar dari google. 

Dari Sakom, kami terus balik ke Malaysia. Berakhirlah perjalanan lawatan penanda aras kami. Tetapi, kami tak terus balik ke rumah, Cik Yaya dan kawan-kawan lanjutkan lagi dengan menjelajah dalam Malaysia pula. Hahaha.. Nantikan laporannya...

Monday 3 June 2024

Ikut Lawatan

Ha, lama dah cerita pasal rombongan ni. Sekarang cuti sekolah, baru la ada masa nak update blog ni. Nak tulis post ni perlu ada mood juga. Hehehe..

Begini ceritanya.. Awal tahun hari tu, bulan Febuari, Cik Yaya ikut rombongan ke Thailand pergi lawatan penanda aras ke sekolah dan universiti sana. Seronokkkk. Pergi pula dengan kawan-kawan sekerja. Memang meriah dalam bas. Adala ujian sana sini, tapi yang seronok tu lebih banyak lagi. 

Kali pertama Cik Yaya ke Thailand dulu, Cik Yaya masuk ikut Imigresen Padang Besar. Kali ini tidak. Kami berkumpul di Imigresen Rantau Panjang seawal jam 7 pagi. Ramai betul orang. Sabar je la.. Dari imigresen Rantau Panang, kami tembus di sempadan Sungai Golok. 




Lepas tu bermulalah perjalanan kami menaiki bas menuju ke tempat tujuan. Terasa lama sangat dalam bas. Tidur jaga, tidur jaga, tidu lagi, jaga lagi, tak sampai-sampai. Rupanya, di Thailand ada peraturan.  Kata pemandu pelancong kami, Nan, bas tak boleh lebih 90km/jam. Terasa perlahan sangat.. Hahaha





The sceneries..

Akhirnya kami sampai ke tempat tujuan. Universiti yang kami pergi namanya Walailak University yang terletak dia daerah Nakhon Si Thammarat. 

Kedatangan kami disambut oleh siswa siswi disana yang telah pon lama menunggu kerana kami agak tersasar daripada perancangan asal... Mereka ada daripada Melayu Languange and Cultural Club (MLCC) di universiti tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar pelbagai jurusan. Majlis malam tu pon menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Bermula dari ucapan sehinggalah persembahan. Macam-macam persembahan disajikan pada malam tu daripada tuan rumah dan ada juga persembahan balas daripada tetamu, Persatuan Penulis Johor. Pengalaman yang sangat menarik.









Keesokkannya, kami ke sekolah pula untuk melihat pengurusan sekolah di Thailand. Sekolah rendah Panya Saratham Munnithi. Bersih dan kemas sekolahnya. Masa kami sampai, sekolah tengah adakan Mesyuarat Agung PIBG. 









Comeyyy


Dah panjang nau ni.. nanti Cik Yaya sambung tempat dan aktiviti lain pula.. Banyak benda nak cerita ni..

To be continue...