Tengah melayan drama ni sekarang... Terasa dekat je dengan jiwa.. Kenapa?
Ha, kalau nak tau cabaran seorang perempuan yang tak berkahwin, tontonla drama ni. Memang tepat segala yang diceritakan. Setakat ni, ada cerita pasal cabaran perempuan bujang bekerjaya, tentang pandangan orang terhadap mereka, kelebihan membujang, kesunyian mereka dan banyak lagi la. Semuanya betul, tepat! (Ni testimoni dari seorang bujang sebenar ye..) Banyak yang Cik Yaya belajar daripada watak utama terutamanya cara mengawal emosi.
Bila tonton drama ni, baru kenal istilah D.I.N.K. (Dual Income No Kids). Tapi bgi Cik Yaya, istilah ni tak berapa tepat untuk orang bujang. Dah orang tu belum kahwin, tak payah la kaitkan dengan soal anak pula.
Hari ni dah episod ke-29. Makin beremosi pula drama ni. Sekarang watak utama sedang dihimpit masalah dari semua sudut. Ya, keadaan ni berlaku di dunia nyata. Serangan bertubi-tubi dari orang sekeliling. Tak sabar nak tengok macam mana dia nak menyelesaikan semua tu. Harap penamat ceita ni membahagiakan.. 💪💪