“Will you love me in December as you do in May,
Will you love me in the good old fashioned way?
When my hair has all turned gray,
Will you kiss me then and say,
That you love me in December as you do in May?”
~James Walker
Tuesday, 8 August 2017
Sunday, 6 August 2017
Kita hanya merancang..
Allahhu.. Macam-macam jadi hari ni.. Perancangan asalnya, hari ni nak buat jamuan hari raya kat rumah sewa.. Jemput kawan-kawan datang jam 1:00 petang ke rumah.. Jadi, awal-awal pagi lagi, dalam jam 7:00 pagi dah ke pasar. Cari barang-barang basah untuk memasak.. Sampai 8:30, balik rumah.. Sampai je simpang nak belok ke taman, gedegang!! Kereta hosmet kena rempuh dengan sebuah motosikal.. Allah!! Dup dap dup dap.. Turun kereta.. Check keadaan dia. Boleh bangun dan berdiri.. Luka kat siku.. Jalan terhenjut-henjut.. Arghh, sudah!! Terimbau kenangan 2012 dulu.. Kejadian yang hampir sama.. Tenang Yaya, tenang.. Pi dekat kat pembonceng tu.. Lelaki berbangsa Cina.. Dalam 20an.. Bertegas dulu.. "Kamu nampak tak signal yang kami bagi tadi?". Dia cakap tak nampak sebab dia asyik nak kejar kawan dia kat depan. "Kamu tahu tak kamu salah? Memotong kereta yang sedang belok masuk simpang?" Dia angguk. Nasibla dia bukan orang yang nak bertengkar.. Jadi Cik Yaya pon slow down.. Simpati tengok dia sebenarnya.. Nampak macam takut dan risau.. Tapi dalam masa yang sama, Cik Yaya nak menjaga diri dan kawan2 juga.. Takut tertipu dan menjadi mangsa keadaan. Dia menyatakan kesediaan dia untuk membayar ganti rugi kereta yang kemek. Cik Yaya call ayah. Ayah suruh buat laporan. Kebetulan ayah di rumah tok sekarang. Pak cik Cik Yaya seorang polis pon ada sekali. Dia pon suruh pi buat laporan. Kami ajak dia ke balai polis. Mulanya dia tak nak.. Tapi kami paksa jugak. Bukan nak perbesarkan kes.. Tapi nak pastikan hal ni ada black & white. Jadi ada jaminan sekiranya berlaku apa-apa pada masa hadapan. Manusia ni boleh berubah bila-bila masa kan? Dia akur akhirnya.
Sampai di balai, kami menunggu pegawai trafik yang bertugas. Hari Ahad, so dia standby. Dia datang dan bersoal jawab tentang kejadian. Dia bagi pilihan untuk settle luar atau buat laporan dan beryanyakan apa tujuan laporan yang nak dibuat. Geram Cik Yaya. Dah kami ambil keputusan untuk datang ke balai, maksudnya kami memang nak buat laporan. Bila dia bagi pilihan, Cik Yaya persoalkan apa kesannya kalau kami buat laporan dan tak buat laporan? Dia jelaskan macam ni.. Kalau buat laporan, pembonceng tu kena saman, sebab memang salah dia. Kalau tak buat laporan, boleh jadi masalah lain pulak. Dah tu? Sapa nak bertanggungjawab? Cik Yaya bertegas, kami nak buat laporan!
Sampai 10:30 pagi baru selesai proses tu. Arghh, sempat ke nak memasak ni? Tawakkal.. Hantar pembonceng ke hospital.. Cakap tak dapat nak tunggu dia.. Sebab kami ada hal.. Daftarkan dia dan terus balik rumah..
Sampai di rumah dalam jam 11:00 pagi. Semua bertungkus lumus memasak juadah.. Terasa sibok sangat. Ala-ala chef kat restoren 10 bintang dah.. Haha.. Alhamdulillah.. Semua bagi kerjasama.. 2 jam 30 minit kemudian.. Setel semua.. Marbeles!! Hebat!! Sesungguhnya, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. Syukur Ya Allah..
Keadaan kereta..
Keadaan motosikal..
Juadah yang sempat disediakan.
1.Soto
2. Bergedil
3. Rendang ayam
4. Kuah lodeh
5. Kek coklat
6. Koktel green tea dan nata decoco
7. Air anggur
8. Sup dan ayam pedas (kawan bawa)
Alhamdulillah.. Kenyang semua..
KAMI!!
Happy friendship day semua!!
Thursday, 3 August 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Itik berenang dalam perigi, Ayam nampak geli hati, Seminggu lagi sekolah cuti, Wow, berbunga- bunga rasa hati. Ayam ketawa masuk longk...
-
Selalu sangat dengar kan? Teringat satu masa dahulu ada kawan yang mempersoalkan maksud kedua perkataan ni.. Yang Cik Yaya tau, Hidayah mak...
-
Ok! Benda ni adalah nadi seorang cikgu. JADUAL WAKTU? Ya, jadual waktu. Kenapa? Sebab dengan adanya jadual waktu, guru dapat menjalankan...