Friday, 21 November 2014

Susahnya..

Kalau menunggu..



Kalau berterus terang..



Tetapi... Aku teringin punya..



Bersama-sama hingga..




Ya Allah, semoga saat ini akan tiba jua...



Sehingga hari itu...




Amin Ya Rabb...

Ececece.. Luahan @ fikiran ni? kihkihkih...


Thursday, 20 November 2014

Kali pertama memang tak pernah mudah..

Esok adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2014.. Sungguh, masa berjalan pantas.. Cik Yaya rasa macam baru sahaja diperkenalkan sebagai guru baharu oleh Penolong Kanan Petang.. Masih Cik Yaya ingat debar di dada ketika itu.. Hari itu,  Cik Yaya memilih untuk memaki baju kurung putih dan bertudung putih.. Alasannya?? Cik Yaya ingin memulakan azam baru.. Kehidupan yang baru... Untuk esok.. Warna apa ya? Hmm.. 

Masih segar juga kenangan hari pertama melapor diri di sekolah.. Kali pertama menjejakkan kaki ke Kapit.. Kali pertama menjejakkan kaki ke rumah sewa.. Dan pelbagai lagi kali pertama yang Cik Yaya tempuhi... Takut yang dirasa.. Rindu yang dirasa.. Segala rasa yang di rasa... Syukran Ya-Rabb.. Hanya Kau yang mengetahui..

Sesungguhnya, kali pertama memang tak pernah mudah.. 

Tuesday, 18 November 2014

Motivasi ke motibasi?? hehe..

Dapat jemputan ni..


Program ini untuk pelajar-pelajar tingkatan 1-5.. Setiap sekolah menengah di Kapit akan menghantar 10 oarang peserta. Jadi 3 buah sekolah, 30 orang pesertalah..

Argh!! Ramai!! Nak cerita pasal apa ni? Slot 2 jam pulak tu... Puas Cik Yaya cari idea..  Syukur kepada Allah.. Dengan rahmatNya dan izinNya, selepas 3 hari 3 malam berhempas pulas memerah otak, siaplah slaid yang ingin dibentangkan..



Sampai hari kejadian.. Cik Yaya mendapat sms dari pengarah program (Cuak nih..).. Katanya, cikgu jangan terkejut yer nanti.. (Eh kenapa pula ni.. huhu.. Baca lagi..) Peserta yang datang hanya 4 orang je.. (Yey!!!)

Alhamdulillah.. Bukannya apa.. Ini kali pertama Cik Yaya jadi motivator.. Kalau sikit, taklah gemuruh sangat.. kuikuikui.. Rasa lebih yakin!!

Cik Yaya pun pergi.. Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar.. Inilah wajah-wajah yang telah dimotivasikan oleh Cik Yaya.. HAHAHA.. 






Antara gelagat mereka semasa menjalankan aktiviti... Ada yang dah macam spiderman lagaknya... kuikuikui..

Pada akhir majlis Cik Yaya telah diberikan sedikit saguhati... Terima kasih..


Sebelum minum petang, kami bergambar sebagai kenangan...


Ci Yaya sangat berterima kasih pada rakan Cik Yaya, Azilah di atas kesudian dia menemani Cik Yaya sepanjang program.. Keberadaan dia bersama Cik Yaya sangat Cik Yaya hargai.. Thank you sis!!

Seronok sangat dengan pengalaman ni... Hehe.. Alhamdulillah.. :)


Kasut..



Tadi kat sekolah, tertengok kaki member.. Terdetik dalam hati.. Uih, cantiknya kasut dia.. Sesuai dia pakai.. Mesti dia selesa.. Kalau aku yang pakai, mesti tak cantik.. tak sesuai.. Tak lama lepas tu, dia datang dok sebelah.. Mengadu.. Penat la.. Sakit kaki pakai kasut ni.. Dush!! Teringat kata-kata ni.. 


Itulahkan.. Kita tak boleh menilai orang dari luaran sahaja. Ceria di luar tak bermakna tiada masalah. Apa yang kita nampak tak dapat menggambarkan hati dan perasaan. Hanya dia saja yang tahu... Samalah macam kita.. Orang takkan tahu apa yang kita rasa..

Kata-kata kat bawah ni pun Cik Yaya suka.. Mengajar kita menjadi orang yang lebih positif apabila diuji dengan masalah.. Memberitahu kita bahawa setiap orang di dunia ini ada masalahnya masing-masing.. Mari hayati bersama.. Bertimbang rasalah..

“When you're struggling with something, look at all the people around you and realize that every single person you see is struggling with something, and to them, it's just as hard as what you're going through.” 
― Nicholas Sparks, Dear John



Wednesday, 12 November 2014

Donnuts for today!!

Hari ni Cik Yaya telah bikin kuih donat untuk kengkawan.. Nak share resepi simple nih..

Bahan-bahan:

1. 500 g tepung gandum
2. 1 paket yis 11g
3. 2 sudu besar gula
4. 2 sudu besar susu pekat manis
5. Secubit garam
6. 2 sudu besar marjerin
7. Air secukupnya
8. Minyak untuk menggoreng
9. Gula pasir halus

Cara-cara:

1. Larutkan yis, gula dan garam di dalam air. Biarkan seketika.
2. Masukkan tepung ke dalam besen/ mangkuk
3. Gaulkan tepung dengan marjerin dan susu pekat manis hingga sebati.
4. Masukkan air dan uli hinnga menjadi doh.
5. Biarkan doh berehat selama 15-30 minit.
6. Canaikan doh dan terap dengan penerap donat.
7. Biarkan donat naik/mengembang.
8. Panaskan minyak dengan api perlahan.
9. Goreng donat hingga masak (warna perang).
10,Bila dah sejuk, barulah digaulkan dengan gula halus.
11.Sedia untuk dihidangkan.



Macam-macam komen Cik Yaya dapat.. Hehe.. Jiayou!!

Tuesday, 11 November 2014

Rahsia kita berdua...


Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua


Sebahagian dari lirik Lagu 150 Juta yang dalam maknanya... 
I like!!~~ kihkihkih~~

Friday, 7 November 2014

Apa itu alahan/alergi?

Hari ni Cik Yaya tak pergi sekolah disebabkan kena cium.. Haha.. Masa Cik Yaya balik dari pekan, ketika sedang merempit tiba2 ada pakwe (serangga ape ntah) singgah ke pipi.. Secara refleksnya, Cik Yaya pun angkat tangan nak buang dia. Tup2 kena cium (gigit)! Choi! Sakit gak la.. Cik Yaya buat dek je.. Pergi makan dengan kawan.. Tengah2 makan, rasa panas jer kat tempat kena cium tu.. Tak lama lepas tu, rasa gatal kat leher, dada, lengan, telinga dan sampai ke kepala. Makin lama makin tak senang duduk.. Kawan Cik Yaya tegur. Dia kata bekas cium tu makin merebak.. Argh.. Sudah!!

Pergi klinik la jawabnya.. Rupa-rupanya Cik Yaya ada alahan dengan gigitan serangga... Oooo...

Meh kita belajar tentang alahan gigitan serangga ni..

Banyak faktor yang menyumbang kepada alahan. Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak benda lain boleh menyebabkan masalah ini. Selain makanan, ada orang alah pada logam, nikel, minyak wangi, getah, gigitan serangga, ubat dan senaman. 


Serangga yang menggigit  adalah jenis serangga dari kumpulan hymenoptera yang mempunyai sengat yang bersambung dengan kantung racun. Apabila disengat, racun akan mengalir ke dalam tubuh mangsa. Contoh serangga ialah lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah.

Sistem imun manusia menghasilkan antibodi yang melindugi terhadap bahan asing.Perkara ini amat baik apabila bahan asing ini amat berbahaya. Tetapi sesetengah sistem imun manusia mempunyai reaksi berlebihan kepada bahan yang tidak seharusnya mencetuskan reaksi alahan teruk. Reaksi atau tindakbalas alahan boleh dibahagikan kepada 2..



Antara tindak balas alahan ringan yang berlaku kepada mangsa ialah..
  • rasa sakit
  • rasa panas 
  • muncul bengkak merah pada kawasan sengatan dan merebak ke kawasan lain.
  • rasa gatal


Sekiranya alahan amat teruk, mangsa akan mengalami  anafilaksis
  • kesukaran untuk bercakap
  • bengkak-bengkak kulit, bibir atau muka
  • pening
  • sakit kepala
  • sakit perut
  • lemah badan kerana tekanan darah menurun
  • susah bernafas akibat asma atau tekak membengkak
  • pengsan
Anafilaksis berupaya menjejaskan pelbagai sistem organ termasuk kulit, salur pernafasan, sistem jantung, mata, rahim, dan pundi kencing. Jika tidak mendapat rawatan segera, apabila anafilaksis terjadi, salur darah akan mengecut dan seseorang itu berasa sesak nafas dan akhirnya membawa kematian. Oleh itu rawatan segera amatlah perlu memandangkan gejala anafilaksis berlaku dengan cepat antara 30 minit - 24 jam selepas gigitan. Jika alahan berlaku serius iaitu renjatan anafilaksis (Anaphylactic Shock) rawatan kecemasan yang paling utama adalah menghentikan proses renjatan tersebut dengan mendapatkan suntikan Adrenalin dan antiHistamin. Suntikan adrenalin boleh diulang setiap 3-5minit jika tiada respon. Lazimnya selepas suntikan tersebut, renjatan ini dapat dihentikan.

Jika disengat tebuan atau lebah, kebiasaannya serangga ini akan meninggalkan pundi sengat diatas kulit yang akan tertolak kedalam. Jangan tampar atau tepuk tetapi tepis serangga tersebut. Perhatikan samada pundi sengat masih ada tertanam di dalam kulit. Gunakan alat untuk mengumpil pundit sengat tersebut. Malah dalam keadaan kecemasan, hujung kad ATM atau kad kredit pun boleh digunakan.

Hives2010.JPG

Hives adalah antara simptom alahan.. (tengok gambar pun rasa meremang..)

Nasibla Cik Yaya hanya menunjukkan simptom yang ringan.. Lepas ni kenala berhati-hati dengan serangga yang beracun nih.. huhu.. Ottoke?? :(

Wednesday, 5 November 2014

My favourite food in Kapit!!

Cik Yaya memang suka makan mee.. Hantu mee~~~ Kat Kapit ni, Cik Yaya dah jumpa mee yang paling menepati citarasa Cik Yaya.. Hehe.. Ni dia.. Mee Sup Sapi!!



MMMM... SEDAPNYA!!! (Terlioq dah..)



Hanya ada kat bangunan tinggi tu..

Sesapa yang datang ke Kapit, meh cari tempat ni dan order MEE SUP SAPI!! :)

Sunday, 2 November 2014

Kepada kamu..

Selamat Hari Lahir!!!

Maaf kerana ucapan ini diucap  tanpa pengetahuan kamu..

Semoga Allah S.W.T mengampuni dan merahmati sentiasa..