Esok adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2014.. Sungguh, masa berjalan pantas.. Cik Yaya rasa macam baru sahaja diperkenalkan sebagai guru baharu oleh Penolong Kanan Petang.. Masih Cik Yaya ingat debar di dada ketika itu.. Hari itu, Cik Yaya memilih untuk memaki baju kurung putih dan bertudung putih.. Alasannya?? Cik Yaya ingin memulakan azam baru.. Kehidupan yang baru... Untuk esok.. Warna apa ya? Hmm..
Masih segar juga kenangan hari pertama melapor diri di sekolah.. Kali pertama menjejakkan kaki ke Kapit.. Kali pertama menjejakkan kaki ke rumah sewa.. Dan pelbagai lagi kali pertama yang Cik Yaya tempuhi... Takut yang dirasa.. Rindu yang dirasa.. Segala rasa yang di rasa... Syukran Ya-Rabb.. Hanya Kau yang mengetahui..
Sesungguhnya, kali pertama memang tak pernah mudah..
No comments:
Post a Comment