Hari ni Cik Yaya tak pergi sekolah disebabkan kena cium.. Haha.. Masa Cik Yaya balik dari pekan, ketika sedang merempit tiba2 ada pakwe (serangga ape ntah) singgah ke pipi.. Secara refleksnya, Cik Yaya pun angkat tangan nak buang dia. Tup2 kena cium (gigit)! Choi! Sakit gak la.. Cik Yaya buat dek je.. Pergi makan dengan kawan.. Tengah2 makan, rasa panas jer kat tempat kena cium tu.. Tak lama lepas tu, rasa gatal kat leher, dada, lengan, telinga dan sampai ke kepala. Makin lama makin tak senang duduk.. Kawan Cik Yaya tegur. Dia kata bekas cium tu makin merebak.. Argh.. Sudah!!
Pergi klinik la jawabnya.. Rupa-rupanya Cik Yaya ada alahan dengan gigitan serangga... Oooo...
Meh kita belajar tentang alahan gigitan serangga ni..
Banyak faktor yang menyumbang kepada alahan. Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak benda lain boleh menyebabkan masalah ini. Selain makanan, ada orang alah pada logam, nikel, minyak wangi, getah, gigitan serangga, ubat dan senaman.
Sistem imun manusia menghasilkan antibodi yang melindugi terhadap bahan asing.Perkara ini amat baik apabila bahan asing ini amat berbahaya. Tetapi sesetengah sistem imun manusia mempunyai reaksi berlebihan kepada bahan yang tidak seharusnya mencetuskan reaksi alahan teruk. Reaksi atau tindakbalas alahan boleh dibahagikan kepada 2..
Serangga
yang menggigit adalah jenis serangga
dari kumpulan hymenoptera yang mempunyai sengat yang bersambung dengan kantung
racun. Apabila disengat, racun akan mengalir ke dalam tubuh mangsa. Contoh
serangga ialah lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah.
Sistem imun manusia menghasilkan antibodi yang melindugi terhadap bahan asing.Perkara ini amat baik apabila bahan asing ini amat berbahaya. Tetapi sesetengah sistem imun manusia mempunyai reaksi berlebihan kepada bahan yang tidak seharusnya mencetuskan reaksi alahan teruk. Reaksi atau tindakbalas alahan boleh dibahagikan kepada 2..
Antara
tindak balas alahan ringan yang berlaku kepada mangsa ialah..
- rasa sakit
- rasa panas
- muncul bengkak merah pada kawasan sengatan dan merebak ke kawasan lain.
- rasa gatal
Sekiranya
alahan amat teruk, mangsa akan mengalami anafilaksis
- kesukaran untuk bercakap
- bengkak-bengkak kulit, bibir atau muka
- pening
- sakit kepala
- sakit perut
- lemah badan kerana tekanan darah menurun
- susah bernafas akibat asma atau tekak membengkak
- pengsan
Jika disengat tebuan atau lebah, kebiasaannya serangga ini akan meninggalkan pundi sengat diatas kulit yang akan tertolak kedalam. Jangan tampar atau tepuk tetapi tepis serangga tersebut. Perhatikan samada pundi sengat masih ada tertanam di dalam kulit. Gunakan alat untuk mengumpil pundit sengat tersebut. Malah dalam keadaan kecemasan, hujung kad ATM atau kad kredit pun boleh digunakan.
Hives adalah antara simptom alahan.. (tengok gambar pun rasa meremang..)
Nasibla Cik Yaya hanya menunjukkan simptom yang ringan.. Lepas ni kenala berhati-hati dengan serangga yang beracun nih.. huhu.. Ottoke?? :(
No comments:
Post a Comment