Friday, 14 May 2021

Kuih bulan

Cik Yaya buat mooncake!! Akhirnya.. Lama dah dok peram keinginan...

Taraaa.. Meski pon tak berapa nak sama macam yang dijual, tapi Cik Yaya tetap puas hati.. Masa cetak kuih bulan yg pertama, dada Cik Yaya macam nak meletop sebab terlalu gembira.. Yang lain tu buat sambil senyum je... Hehe..

Resepi

1. 75g golden syrup. Cik Yaya buat sendiri na.. Gigih cari resepi. Caranya, didihkan 500g gula dengan 250ml air dan perahan lemon ½ biji. Masak sampai dia bertukar warna perang.. 

2. 35g minyak

3. 1 sudu kecil air abu

4. 120g tepung gandum

5. 400g inti pilihan (Cik Yaya beli pandan lotus)

6. 50g white melon seed (tak tau nak translate apa dalam Bahasa Melayu)

7. Egg wash (telur + susu) untuk sapu atas (Cik Yaya tak boh pon.. tu yang nampak pucat moon cake tu)


Caranya

1. Masukkan bahan 1, 2 dan 3 dan gaul sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung.. Kacau sampai jadi doh (untuk kulit), rehatkan 2 jam.

3. Sangai bahan 6. Tak lama, sekejap je.. Biarkan sejuk.

4. Campurkan bahan 5 dan 6. Uli sikit supaya bijian tu terserak seragam dalam inti.

5. Ambil doh kulit yang dah direhatkan. Timbang antara 23g-25g.

6. Timbang inti pula, 40g. Kenapa banyak ni? Sebabnya acuan yang Cik Yaya ada cuma untuk doh 63-65g sahaja.

7. Leperkan doh kulit kemudian masukkan inti. Pastikan semua bahagian inti ditutup dengan doh kulit. Bulatkan comey-comey..



8. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan.. Aaaa...😍😍😍





9. Ulang sampai habis dan spray permukaan kuih dengan air biasa sebelum bakar pada suhu oven ikut kesesuaian oven masing-masing masa bakar kek. Oven Cik Yaya 130°C selama 20 minit.

10. Separuh masa nanti, keluarkan untuk sapu egg wash.. Lepas tu sambung lagi.. Dah siap...



Rare kan raya tahun ni.. Ada kuih bulan.. Cik Yaya puas hati dengan rasanya.. Nanti nak cuba perisa lain pulak. Ayah dengan mak approved. Bagi dekat kawan, mak dia pon approved. Yeyeyy.. Berjaya!! 😘 Alhamdulillah..



Sunday, 2 May 2021

Like water

My latest addiction!! Really, really in love with her angelic voice.. Rasa macam tengah berenang dalam air je.. Walhal mana reti berenang pon.. Haha.. Bolehla berangan bila dengar lagu ni.. Penyanyi cantik, berbakat.. Lirik, melodi terbaik.. Its perfect!!

Like Water
~Wendy~

Lean on my shoulder
You can close your eyes
The sunlight has set
On your eyelashes, Yeah
Even if I fall asleep deeply
The unfamiliar atmosphere surrounding me wakes me up
At the next station
We’ll finally get to see each other
We’ll get to meet

It’s like a picture just like in my dreams
The most beautiful world

My love is like water
Filling your sore spots
It covers the deep wounds
And embraces you tightly
It makes you rise again

I need you to hold me
We’re destined
We complete each other and comfort one another
It makes you heal
Like water water

You keep me alive, yeah
What you mean to me, I know
And I just wanna thank you for believing in me

Although they rush in as if they’ll shatter
The waves return to the sea so quickly
As if by fate, the end of this road is
All flowing towards you

I want you to love me
I can feel your pain too
I’ll cover your deep wounds
And embrace you
It makes you rise again

I need you to hold me
We’re destined
We complete each other and comfort one another
It makes you heal
Always like water

You shine upon me
Like you’re water to me
By the time you open your eyes
Everything will be fine


Yes, everything will be fine...🙂



Friday, 30 April 2021

#5

 I'm here, living in pieces..

Somewhere you're also, living in pieces too..

~Ae Ajnabi~




Friday, 23 April 2021

Janji Allah itu pasti...

 20  April 2021/ 8 Ramadan 1442

Lahir anak saudara yang ke-5



Welcome my dear... We love u... ❤❤❤


23 April 2021/ 11 Ramadan 1442

Tok pergi buat selama-lamanya... Tiada lagi tok di dunia ni.. Terakhir jumpa di dalam mimpi, sehari sebelum pemergian Tok.. Takkan ada lagi cerita dan lawak dari Tok.. Tiada lagi Tok yang berselera tiap kali makan.. Tiada lagi ikan goreng, nasi goreng sambal belacan Tok.. Aku reda Ya Allah... Ini yang terbaik buat Tok.. Ampunkan dosa Tok Ya Allah..  

Apa yang pasti, Cik Yaya takkan balik ke rumah Tok dalam jangka masa yang panjang... Sama macam masa arwah Tok Wan pergi dulu.. Hati ni tak bersedia lagi...


Ampunkan salah silap cek Tok.. Tunggu cek kat sana Tok.. Nanti kita jumpa lagi... 

 
Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan aku seorang Tok... 






Tuesday, 20 April 2021

Goodbye and welcome!!

 “To say goodbye is to die a little.” 

― Raymond Chandler, The Long Goodbye


Banyak benda yang berlaku beberapa minggu ni.. 

Cik Yaya bertukar sekolah. Ya, betul.. Tak tipu.. Tiba-tiba sampai surat pertukaran sekolah. Masa dapat tahu tu, Cik Yaya baru je sampai kat Kedah. Malamnya Cik Yaya memandu 9 jam tanpa henti. Dari Pahang ke Kedah. Sebabnya tok sakit tenat. Dalam keadaan mabuk sebab tak cukup tidur, dapat berita ni dari kawan- kawan. Sungguh! Otak ni tak boleh nak hadam. 

Terkejut? Semestinya! Permohonan pertukaran taun lepas dah gagal. Tapi, siapa yang dapat menolak percaturan Allah.. Rezeki, ajal dan jodoh semua di tangan Allah.. Semua rahsia Allah. Sampai sudah rezeki Cik Yaya untuk berkhidmat di sekolah yang dekat dengan rumah.. Alhamdulillah..

Adat berpisah, sedih dan rindu.. Sedih meninggalkan kawan-kawan dan anak-anak murid. Suasananya... Im dying inside.. Arghh, kuatkan aku Ya Allah..

Dan sekali lagi diuji dengan ketakutan. Takut kerana ke tempat baru. Takut kerana semuanya asing. Takut dengan wajah-wajah baru yang belum dikenali hati budi. Takut dengan kebodohan diri sendiri. Bantu aku Ya Allah..

Sekarang, hari ini, dah 9 hari di sekolah baru. Alhamdulillah.. Setakat ini dipermudahkan.. Banyak lagi yang kena belajar. Terima kasih Ya Allah.. 

Indeed!! Happy fasting to all muslim in the world!! ❤❤❤