Tiap bulan tanpa jemu sindrom-sindrom ni datang...
- Sakit pinggang
- Sembelit
- Kembong perut
- Lapar
- Mengidam benda manis
- Sakit kepala
- Mual
- Emosi
- Sakit-sakit di badan
- Kepanasan
Tiap bulan tanpa jemu sindrom-sindrom ni datang...
Aku yang pertama untuk dia. Bermula gelaran 'mak' bila hadirnya aku ke dunia. Pengalaman yang pertama tak pernah mudah kan... Dalam hidup, banyak kesilapan, kekesalan, tapi banyak juga kebahagian yang tercipta. Itu resmi dunia..
Dia anak kedua dari tiga adik beradik.. Itu yang seibu seayah.. Tapi dia ada banyak kakak dan abang yang seibu atau seayah.. Cik Yaya pon tak kenal semua. Walaupon hidup serba kekurangan, dia membesar bahagia. Dimanja dan disayangi semua.. Alhamdulillah..
Cik Yaya anak sulung dan satu-satunya anak perempuan. Orang kata, kakak ni ibarat emak kedua bagi adik-adik. Bila fikir balik, macam betul je.. Apa yang mak buat, Cik Yaya akan buat sama. Sampaila, Cik Yaya kena buat benda tu sendiri. Mak sibuk menguruskan adik-adik. Cik Yaya la yang bantu sama menguruskan. Banyak sangat pengalaman bersama-sama mak.. Terutamanya di dapur.. Banyak ilmu yang Cik Yaya belajar.. Masak memasak, buat kuih muih dan mengait.. semua dari mak.
Mak sama dengan mak-mak lain dalam dunia. Membebel, marah, cerewet, itu perkara biasa. Pandai menguruskan rumah tangga... Pandai memasak? Itu pasti! Masakan seorang ibu tak pernah gagal di tekak anak-anaknya kan.. Itu juga biasa.. Yang biasa lagi ialah kasih sayang mereka. Biasanya tiada sempadan, tiada had. Marah hanya seketika. Dendam tak pernah wujud... Sebesar mana pon anak, tetap 'anak' di hati seorang mak.. Mak memang mak yang biasa..
Hari ni hari lahir mak yang ke 60 tahun..
Selamat hari lahir mak.. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati Allah SWT selalu..
Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Kau jagalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menjaga aku sewaktu aku masih kecil.. Aamiin...
Sedikit perkongsian selepas menonton Al-Quran, Sains dan Kiamat (ASK) yang disampaikan oleh Dato' Dr Zainal Abidin minggu lepas..
Ayat di atas menjelaskan bahawa salah satu benda yang diturunkan oleh Allah ialah besi.
Kenapa 'diturunkan'?
Untuk memahaminya, jom kita belajar dari mana datangnya besi?
Suhu bumi yang paling tinggi ialah 7000 °C
Suhu matahari mencapai 20 juta °C.
Suhu di bumi dan matahari masih belum cukup untu menghasilkan besi kerana besi wujud dalam suhu ratusan juta darjah celcius.
Jawapannya, besi wujud dari bintang yang lebih besar (supernova) yang bersuhu tinggi dalam alam semesta. 4.5 bilion tahun yang lalu, berlaku letupan supernova yang mengandungi besi di dalamnya dan besi tersebut berserakan dan akhirnya berlanggar dengan bumi dan terenap di bumi.. Inilah penjelasan bagaimana besi 'diturunkan' ke bumi. Maha benarlah (apa yang difirmankan) Allah yang Maha Agung..
Dalam maksud ayat di atas juga menyatakan bahawa besi banyak kegunaannya kepada manusia.
Jadi, apa fungsi besi?
Selain daripada besi maujud yang digunakan dalam pembinaan atau pembuatan, ada lagi kegunaan besi yang kita tak nampak dan tak sedar...
Yang Cik Yaya ingat ialah, besi digunakan untuk menghasilkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin ni berfungsi mengangkut oksigen ke sel-sel badan. Ha... pentingkan.. Tak de oksigen, apa pon tak jadi.
Selain itu, besi penting juga untuk tumbuhan. Dengan adanya besi, berlakulah proses sintesis klorofil. Besi juga mengangkut oksigen ke seluruh tumbuhan. Klorofil dan oksigen adalah antara komponen utama fotosintesis iaitu proses tumbuhan membuat makanannya. Tak de makanan, tak hidupla pokok. Tak de pokok, manusia boleh hidup ke? Ha.... Tanya jeee..
Sekian perkongsian malam ni.. Segala yang benar, datangnya dari Allah SWT, segala yang salah datangnya dari kekhilafan Cik Yaya sendiri... Mohon dibetulkan.. Semoga bermanfaat..