Suatu masa, suatu saat, kita akan kembali pada-Nya. Cepat atau lbat, masa itu akan datang. Semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. REDHA!! Itu saja yang dapat dilakukan.. Semoga diri diberi kesediaan yang cukup untuk menghadapi saat itu.. Amin..
Saturday, 24 August 2019
Tuesday, 13 August 2019
Nasi impit segera DIY
Krisis!! Nasi impit tak cukup.. Tapi malas nak pi kedai.. Ottoke? Cik Yaya pon google 'cara nak buat nasi impit segera'. Fuhh, apa lagi.. terus buat.
Memula basuh beras.. lepas tu toskan..
Lepas tu masukkan beras dalam plastik. Dalam 3 suku plastik. Kira dari paras yang nak diseal.
Kemudian, sealkan guna sealer.. Kalau tak dak sealer, rasanya boleh seal guna api ka.. Lidi ka.. Jangan pakai stapler sudah.. Bahaya..
Cucuk-cucuk plastik guna lidi sate..
Masuk dalam periuk, masukkan air.
Masak atas api.. Nampak cam okey je ni.. Tapi masih debar lagi.. Tak pasti jadi ke tak..
Inilah hasilnya.. Yang atas tu yang DIY. Yang bawah tu yang beli. Not bad rupa nasi impit DIY Cik Yaya ni..
Akhirnya, dah boleh makan. Yey.. Berjaya. Sama rasa.. Cuma Cik Yaya tak pasti tentang plastik yang Cik Yaya guna.. Adakah sesuai untuk pemanasan atau pon tak.. Takut ada kesan sampingan.. Jadi rasanya ini cubaan kali pertama dan terakhir kot... 😉😉 Sekian..
Monday, 12 August 2019
Selamat Hari Raya Aidiladha 1440H!!
Kali pertama raya di rumah baru.. Tak kenal sesapa pon.. Jadi raya seorang diri.. Puncanya mak dengan ayah Cik Yaya raya di Kedah. Sebab tak mau ikut, kenala raya sorang-sorang. Padan muka!!
Walaupon raya sorabg-sorang, Cik Yaya tetap masak. Cik Yaya buat rendang cili padi ayam, kuah kacang dan nasi himpit. Pagi-pagi Cik Yaya dah bangun.. Mandi sunat Aidiladha. Tapi tak pergi masjid solat raya sebab tengah ABC. Jadi lepas siap pakai baju baru, Cik Yaya terus amik telefon dan telepon mak ngan ayah kat Kedah ucap selamat hari raya. Lepas tu, ke dapur menjamu selera dengan hidangan raya yang dimasak sendiri.. Sambil-sambil tonton TV. Begitulah pagi raya Cik Yaya..
Opsss, tak habis lagi cerita.. Tetiba kebosanan melanda.. Cik Yaya rasa cam nak tido. Tetiba kawan mesej jemput pergi raya kat rumah dia.. Hmm.. Nak pergi ke tak nak.. Dalam dok pk tu, kawan lain pulak mesej. Katanya dia pon kesunyian sebab mak dia balik raya kampung di Penang. Dia kena tinggal jaga rumah.. Haha. Senasib rupanyaa. Dia plan pergi beraya dan tengok wayang. Hmm.. Okey jugak.. Terus pakai tudung dan hidupkan kereta..
Jadi, inilah momen raya Cik Yaya tahun ni..
Kadang-kadang yang tak dirancang tu yang syiok.. Alhamdulillah.. Selamat hari raya semua!!
Friday, 9 August 2019
Gallery walk RBT-Fertigasi
Lama tak share momen-momen buat projek ngan budak-budak.. Ni projek baru-baru ni. Tajuk reka bentuk sistem fertigasi. Bina mock-up atau model separa berfungsi.. Seronok mengajar kelas ni.. Meriah sampai rasa nak marah.. Haha.. Sabar je la.. Adat jadi cikgu.. Marah-marah sayang.. Marah sebab nak bagi ilmu.. Hehe.. Jom tengok gelagat diorang..
GOOD JOB semua!! Lepas ni kita buat reka bentuk fesyen pulak yer.. 🙆🙆
Harapan dan kebodohan
Huhuhuhu... 😢😢😢😢 Hari ni telah berjaya membodohkan diri sendiri kerana terlalu mengharap.. Oh my god.. Sangat memalukan.. Adakah bila terlalu mengharapkan sesuatu, kita akan jadi buta dengan benda yang lain.. Apakah begitu? Rasanya ya.. Kalau tak, kejadian tadi takkan terjadi. Cik Yaya telah berjaya membuktikan teori ni..
Apa-apa pon, semoga hari ni menjadi pengajaran buat Cik Yaya. Lepas ni pasti takkan berlaku lagi.. Lesson learned!! Hehe.. Jangan terlalu berharap pada benda yang tak pasti okey!!
Apa-apa pon, best sangat habiskan masa dengan kawan-kawan petang tadi.. Seronok beronok.. Haha.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..
Gambar sekadar hiasan.. 😉😉
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Itik berenang dalam perigi, Ayam nampak geli hati, Seminggu lagi sekolah cuti, Wow, berbunga- bunga rasa hati. Ayam ketawa masuk longk...
-
Selalu sangat dengar kan? Teringat satu masa dahulu ada kawan yang mempersoalkan maksud kedua perkataan ni.. Yang Cik Yaya tau, Hidayah mak...
-
Ok! Benda ni adalah nadi seorang cikgu. JADUAL WAKTU? Ya, jadual waktu. Kenapa? Sebab dengan adanya jadual waktu, guru dapat menjalankan...