Monday, 11 November 2019

Kami makan-makan

Bersama kelas kesayangan lagi.. Haha.. Kali ni belanja makan sadwich. Sebenarnya ni dalam tajuk reka bentuk makanan RBT. Tapi tak sempat nak mereka-reka dah aih.. Lapo!! Haha..











Sedap ke? Ekeke.. Yang penting kita enjoy!!

Sunday, 10 November 2019

Buat kek hari niiiii

Perghhh.. lama gila tak buat kek.. Hari ni multi task.. Sambil menanda sambil buat kek.. Haha.. Penat tapi best.. Bestnya bila tengok kek yg dah siap tu.. Macam ni..



Kepuasan tu tak dapat nak digambarkan.. Asik dok menatap ja.. Haha.. Kek dah siap.. Tapi paper tak siap tanda lagi ni.. Ottokeee!!! Jom-jom sambung!! Bye!!


Monday, 21 October 2019

Bila aku menjadi aku..



Yup!! Cik Yaya memang suka memerap di rumah.. Kalau tak de benda yang mewajibkan atau tidak menarik minat, Cik Yaya takkan keluar.. Tapi ada orang tak faham.. Gelar Cik Yaya kera sumbang.. Tapi ini hidup Cik Yaya.. Selagi tak memberi masalah pada orang lain, Cik Yaya rasa okey!! Cik Yaya tak suka berada di suatu tempat yang bukan hak Cik Yaya.. Tak selesa.. Boleh tak terima Cik Yaya sebagai Cik Yaya.. Jangan cuba mengubah apa-apa.. Tolonglah!!


Mengait

Lama nau nau tak mengait.. Tetiba dapat seru.. Haha.. 
 

Untuk baby Hud.. Cik Yaya doakan semoga membesar menjadi anak yang soleh, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, beriman dan menjadi orang yang berguna.. Amin Ya Rabb... 

Akuaponik 2019

Mereka ni pelajar kelas hujung.. Ajar diorag tak boleh marah-marah.. Tak boleh perli-perli.. Lurus jer.. Ada masa kena pujuk-pujuk.. Ada masa kena ambil hati.. Meskipun hujung, mendengar kata.. Menyembang nombor 1!! Macam-macam cerita keluar. Meskipun hasil tak seberapa.. tapi cukup membanggakan hati cikgu diorang ni.. Sebab cikgu ni faham dan tahu sangat keupayaan diorang.. Tahniah kerana mencuba!!






👏👏👏👍👍👍

Saturday, 24 August 2019

Redhalah Yayaaa

Suatu masa, suatu saat, kita akan kembali pada-Nya. Cepat atau lbat, masa itu akan datang. Semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. REDHA!! Itu saja yang dapat dilakukan.. Semoga diri diberi kesediaan yang cukup untuk menghadapi saat itu.. Amin..



Tuesday, 13 August 2019

Nasi impit segera DIY

Krisis!! Nasi impit tak cukup.. Tapi malas nak pi kedai.. Ottoke? Cik Yaya pon google 'cara nak buat nasi impit segera'. Fuhh, apa lagi.. terus buat.

Memula basuh beras.. lepas tu toskan..

Lepas tu masukkan beras dalam plastik. Dalam 3 suku plastik. Kira dari paras yang nak diseal.

Kemudian, sealkan guna sealer.. Kalau tak dak sealer, rasanya boleh seal guna api ka.. Lidi ka.. Jangan pakai stapler sudah.. Bahaya..

Cucuk-cucuk plastik guna lidi sate.. 

Masuk dalam periuk, masukkan air.

Masak atas api.. Nampak cam okey je ni.. Tapi masih debar lagi.. Tak pasti jadi ke tak..

Inilah hasilnya.. Yang atas tu yang DIY. Yang bawah tu yang beli. Not bad rupa nasi impit DIY Cik Yaya ni..


Akhirnya, dah boleh makan. Yey.. Berjaya. Sama rasa.. Cuma Cik Yaya tak pasti tentang plastik yang Cik Yaya guna.. Adakah sesuai untuk pemanasan atau pon tak.. Takut ada kesan sampingan.. Jadi rasanya ini cubaan kali pertama dan terakhir kot... 😉😉 Sekian..