Wednesday, 26 April 2017

My love from Allah..


Hehe.. Sedondon gitew.. Mereka pergi konvo ateh..  Teringat dulu masa konvo Cik Yaya, mak tak dapat pergi. Hanya ayah dan tok yang masuk tengok dalam dewan.. Arwah tok wan duduk kat luar dengan maksu.. Mak tak dapat ikut sebab jaga adik-adik yang masih sekolah.. Cik Yaya sedih sangat.. Masa angah konvo lagi sedih.. Sapa pon tak dapat pergi.. Kekangan duit.. Kesian dia sorang-sorang.. Entah apa perasaan angah masa tu.. Bertuah adik-adik kami.. Lebih terurus..
Alhamdulillah.. Masa konvo ateh ni mak dengan ayah masih sihat.. Terima kasih Allah atas nikmat ni.. Syukur yang tak terhingga.. Semoga mak dan ayah sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dilindungi Allah setiap masa.. Rindunya.. Walau pon hampir setiap hari bertelefon.. Bervideo.. Masih rindu lagi.. Ya Allah, lindungilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka melindungi aku sewaktu aku masih kecil.. Amin.. Sebulan lagi kakak balik!! Yey!!



Monday, 24 April 2017

Best goodies ever!!



Sangat simbolik dan berguna.. I like!!😘😘

Teori belakang!!

Cik Yaya ada satu teori tentang belakang badan seseorang.. Bukan pasal jerawat di belakang badan.. Hikhik.. Bukan juga pasal sakit belakang.. Ha.. Mesti korang tertanya-tanya kan.. Sebenarnya teorinya macam ni.. Belakang badan dapat menceritakan emosi seseorang!! Ha... Setuju tak? Percaya tak? Setujulah.. Percayalah.. Kalau seseorang tengah gembira, sedih atau kecewa, semua tu akan terpancar melalui belakang badannya. Mungkin hal ni ada kaitan jugak dengan cara seseorang tu berjalan.. Arghhhh!! Cik Yaya tak tau nak huraikan macam mana.. Tapi serius!! Kalau tak percaya, cuba buat pemerhatian pada orang sekeliling.. Cik Yaya dah buat dah.. Dah boleh mengesahkan teori yang Cik Yaya buat ni.. Haha.. Opsss, mode serius ok!! 


Reasons to love you..


Monday, 17 April 2017

Tangan beruang


Nahh.. Tu dia.. Dah la besaq, makin besaq lagi.. Semalam masa dok berkebun, ada benda gigit kat jari kelingking. Adoila.. Sakit tau tak.. Masa dok sakit-sakit tu ada kawan sekolah lalu. Dia suruh letak cuka kat tempat kena gigit. Cik Yaya pon berlari-lari ke dapur. Letak cuka.. Tapi sakit jugak.. Huhu.. Paling Cik Yaya takut ialah alahan. Nasib baikla x de apa-apa.. Tak rasa pelik-pelik kat badan. Cuma tangan makin bengkak, sakit bila tekan, gatal dan panas suam-suam kuku gitu.. 
Pagi ni, bengkak sampai ke pergelangan tangan. Aih, tak boleh jadi ni. Mintak hosmet bawak ke klinik. Cik Yaya ni x suka susahkan orang sebenarnya.. Tapi terpaksa. Tak boleh nak genggam handle motosikal dah.. Huhu.. Terima kasihla kat hosmet.. Sorryla sebab ganggu tidor u.
Sampai klinik, bapak ramai orang. Haru! Tapi terpaksa jugak. Sebab nak kena ambil ubat. Bila jumpa doktor pulak, ada ke patut dia takut-takutkan patient yang sedia takut ni. Dia cakap kena bedahla. Dia cakap akan jadi infeksi la.. Cis, tak membantu langsung. Stress!! Cik Yaya senyap ja. Malas nak layan. Last-last dia cakap kalau 3 hari tak surut jugak bengkak, pergi hospital. Okey! Tq!
Akhirnya, lepas 3 jam menunggu, dapatla ubat..

Ubat yang diberi ialah paracetamol, ubat surut bengkak dan antibiotik. Masa post ni ditulis, rasa macam dah surut sikit bengkak tu.. Harap-harap esok kembali kepada normal.. Amin...

Sekian laporan minggu ini.. Doakan Cik Yaya cepat sembuh tau.. Amin.. 😉😉


Wednesday, 12 April 2017

Paprik menangis

Hmmm.. Masak paprik hari ni.. Tu la lauk yang Cik Yaya paling tak suka masakkkkk!! Bukan apa.. Takut berenang dalam air mata.. Sebab tu lauk kegemaran mak... Uwaaaa.. Uwaaaa.. Bencila dok jejauh ni.. Kalau dekat bolehla mak makan.. Uwaaa... Semoga ada rezeki pindah taun ni.. Amin.... Amin, Ya Allah...


Thursday, 6 April 2017

Rentong!!

Bukan ikan, bukan ayam.. Bukan nasik.. Tapi Cik Yaya yang rentong.. Huhu.. 

Bukan rentong fizikal... Rentong istilah ja.. Haha.. Ada fire drill kat sekolah tadi. Disebabkan lambat sangat turun, dah rentong.. Malu wehh.. Di jemput turun oleh pak cik-pak cik bomba.. 

Ceritanya, Cik Yaya bukan sengaja tak mau turun.. Tapi masa fire drill tu kami tengah buat eksperimen di makmal. Takkan nak tinggal macam tu ja.. Cik Yaya suruh bebudak turun dulu. Cik Yaya kemaskan makmal. So, bila dah terlewat, niat di hati tak mau la turun.. Mana la tau terkantoi pulak.. Glamer la I hari ni.. Pak cik-pak cik bomba bawak strecher nak selamatkan.. Haha.. Tapi bagi upah 10k pon Cik Yaya takkan naikla strecher tu.. Akhirnya bebudak yang panggil Cik Yaya kena naik.. Haha.. Ha.. Padan muka korang.. Tula.. Kantoikan cikgu lagi!! 

Salah memang salah.. Tapi masa pak cik bomba tanya 'kenapa cikgu lambat?' Jawapan Cik Yaya ialah.. 'Saja nak bagi contoh yang gagal pada pelajar..' Haha.. 





Sekitar kejadian rentong.. Haha..

Lagi best kalau ada aktiviti demonstrasi padamkan api.. Macam kat sekolah dulu-dulu.. Sekian laporan hari ni.. Daripada cikgu rentong, Kapit. Haha..😄😄😄😄😄



Wednesday, 5 April 2017

Alhamdulillah..

Syukur Ya Allah.. Atas ihsan Mu.. Atas segala nikmat yang kau berikan.. Syukur semuanya selamat... Thank you Allah.. Thank you Allah..