Tuesday, 31 January 2017

Syukur..


ALHAMDULILLAH...

Menjawab pertanyaan dengan pertanyaan

Seorang kawan bertanya hari ni..

'Apa yang Yaya akan buat kalau ada orang melamar untuk dijadikan suri hati?'

Mak aih.. Soalan cepu emas! Berfikir sejenak.. 

Jujur.. Hati Cik Yaya dah bersedia untuk menerima. Memang Cik Yaya mengharap ada pengganti.. Rasanya dah terbuka pintu hati ni.. Cukuplah 13 tahun.. Dah terlalu lama.. Tapi fikiran Cik Yaya tak bersetuju.. Ada beberapa kemusykilan yang muncul. Apakah ada orang yang dapat menerima siapa Cik Yaya.. Penyakit Cik Yaya.. Sejarah hitam Cik Yaya.. Segala ketaksempurnaan dan kekurangan.. 

Akhirnya jawapan yang Cik Yaya berikan ialah..

'Ada ke lelaki tu?' Hehe... Jangan marah na..



Thursday, 5 January 2017

Tuesday, 3 January 2017

Buah mawang..

Dah nak masuk tahun keempat di Kapit barula bertemu jodoh dengan buah mawang ni.. Waaa... Sedap rupanya.. Awatla tak kenal awal lagi.. Wangi.. Rasa masam-masam manis..  Memang kena dengan citarasa Cik Yaya ni...Selain mawang, buah ni jugak dipanggil embang atau bambangan.. Mesti korang teringin nak tengok rupa dia kan.. Meh nak tunjuk buah mawang..

Inilah buah mawang..

Rupa buah mawang bila dikupas kulitnya.

Kulit buah ni tebal.. Biji kat dalam pon besar.. Tapi isinya pon tebal.. Lumayan gittew..

Enaknya makan dengan serbuk asam sambil tengok drama korea.. Marvellous!! 


Buah Pitaya

Hmmm.. Buah apa tu.. Adik beradik papaya ke? Eh, bukanla.. Buah naga tula buah pitaya.. Tak percayakan.. X per.. Cik Yaya tunjukkan bukti!!

Ni dia.. Tq Econsave.. Dapat ilmu baru.. Memula I ingat U typo.. Hikhikhik..

Mmmm... Sedapnya buah pitaya.. Lagi best sebab makan dengan mak.. Huwaa.. Rindu!!!

Resepi kek buah mudah versi bakar

Resepi lama kek buah Cik Yaya dikukus. Nak sediakannya pon lama dan leceh.. Cuti hari tu cuba resepi baru.. Kek buah versi bakar.. Mudah dan sedap baq ang!! Hehe.. Sampai 2 kali buat.. Untungla mak dengan ayah.. Dapat makan kek kegemaran mereka sepuasnya.. Apa lagi? Jom cek resepi!!

Bahan A
1. 250g mentega/marjerin
2. 380g susu pekat manis
3. 500g buah campuran (mix fruit)
4. 1 cawan air (250ml)
5. Parutan kulit dari sebiji lemon
6. Jus sebiji lemon



Masak bahan A dengan api yang kecil sampai mendidih. Tutup api dan sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam.

Bahan B
1. 380g tepung gandum 
2. 1 sudu kecil baking powder
3. 1 sudu kecil baking soda.

Ayak semuanya.

Bahan C
1. 2 biji telur

Dipukul hingga kembang

Cara-cara
1.Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A dan gaul.
2.Masukkan Bahan B. Adun sebati.
3.Oles loyang dengan mentega atau marjerin dan taburkan tepung.
4.Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar mengikut kesesuaian oven masing-masing.



Yey.. dah siap.. Ittadakimasss!! Hmmm.. Yummmmmy!! 

Selamat mencuba!!




Azam 2017?





Hujan 31 Disember 2016. Esok dah 1 Januari 2017. Tetiba terpikir tentang azam.. Nak azam apa ek? Nak kurus? Takkan jadi nyer.. Nak kaya? Syukur dengan apa yang ada sekarang.. Nak sihat? InsyaAllah.. Nak apa lagi eh..  Nak si kecik boleh??? Hehe..