Tuesday, 11 February 2014

Inspirasi Sarawak..



Amacam? 

Terjawab sudah...

Akhirnya pada tarikh keramat 7.02.2014, Cik Yaya telah mendapat jawapan penempatan daripada KPM..
Jeng jeng jeng...


Sarawak da...


 Agi idup, agi ngelaban!! oo yeaaah!!

Tuesday, 4 February 2014

Resepi wajik..

Mode: utara mari!


Sebenaqnya kalau sebut perkataan Wajik ni, konfom family Cik Yaya x tau.. Kami ni orang2 utara. X panggil Wajik tapi panggil Pulut Kacau atau Pulut Manis.. Penah dengaq x nama tu? Baru2 ni mak Cik Yaya buat benda alah ni sebagai salah satu hadiah dalam goodies bag kenduri kawen anak kawan ayah Cik Yaya. Faham ka statement ni? Haha.. X kisahla.. Sekarang, mai kita belajaq cara2 nak buat pulut kacau.. Mai cheq mai...



Bahan-bahannya.. (bulk production- kalau nak buat dalam kuantiti yang kecil sila bahagikan bahan2 ini)

4 kg beras pulut
8 biji kelapa
2 kg gula merah
1 kg gula pasir
Garam secukup rasa
Kalau nak wangi, boleh letakkan daun pandan.

Cara-cara..

1) Rendam beras pulut semalaman. Basuh dan toskan. Kukus beras pulut sehingga masak.
2) Parut kelapa dan perah santannya. Untuk dapatkan santan pekat, perah sekali sahaja.
3) Masak gula merah sehingga hancur.
4) Sediakan belanga.


      

Masukkan santan.    


Masukkan air gula merah. (Tapis dulu)


                   Masukkan gula pasir.                                   


 Masukkan garam.

5) Masak semua bahan sehingga agak pekat. Santan biar pecah minyak.
6) Kemudian, masukkan pulut dan kacau sehingga sebati macam gambar di bawah ni..


7) Bila dah sebati dan kering, maksudnya, kuih dah masak. Bolehla dimasukkan kedalam bekas.


Dah siap..

SELAMAT MENCUBA!!




Kulat tandan



Penah x makan benda alah ni? Kalau dalam rumah Cik Yaya, kami panggil cendawan ni kulat tandan. Bila Cik Yaya google, nama lain bagi cendawan ni ialah paddy straw mushroom atau straw mushroom. Nama saintifiknya pula ialah Volvariella volvacea. Kat kampung Cik Yaya, biasanya cendawan ni tumbuh dekat timbunan buah kelapa sawit yang dah diperah. Kiranya hampas sawitla.. Tapi, Cik Yaya penah jumpa cendawan ni dalam tin. Jadi, bagi yang nak try rasa bolehla cari kat pasaraya atau kedai berhampiran anda ye..


Rasa cendawan ni Cik Yaya x pandai nak terangkan.. huhu.. Bagi Cik Yaya sedapla.. Bila masak, teksturnya licin, rasa macam telur dadar..  Itu tekak Cik Yaya la. Tak taula tekak korang tafsir macam mana pulak.. Kena try baru tau..


Setelah dibersihkan, beginilah rupenyer... Beza sikit dengan yang dalam tin, sebab yang ni dah mekar. Biasanya, Cik Yaya masak sup atau goreng ngan tepung. Adik ipar Cik Yaya suka buat masak lemak.. Orang Nogori lah katakan.. Haha..


Taraaa!!! Hari ni Cik Yaya masak sup kulat tandan ngan ayam.. Nyum3.. delicious!! hehe..


Tuesday, 28 January 2014

Resepi kek minyak..

Mudah dan enak.. x yah buang masa, meh kita tengok resepinyer..

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovellete
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu ekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna

Cara-cara:


Masukkan telur, gula dan ovellete ke dalam bekas.


Pukul sampai kembang.



Masukkan minyak


Masukkan susu.

Masukkan esen vanilla (kalau nak perasa lain pun boleh) dan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder. *tiada dalam gambar*


Bahagikan adunan dan warnakan. Selang selikan adunan seperti gambar di atas.


Bakar atau kukus adunan. Cik Yaya lebih suka yang  versi bakar. 


Bila dah masak, potong dan sedia di makan.

SELAMAT MENCUBA!!
 

Jari jemari Cik Yaya..

Jeng jeng jeng...



\









Taraaa... dah siap! Kuih ketayap. xde pewarna, besaq2 (cepat sikit kenyang) dan berlubang di ke22 hujungnya..Senang cakap, inilah kuih ketayap versi orang malas!! haha.. ada ku kesah?? janji kenyang!


Friday, 17 January 2014

Pergi memancing..

Cik yaya stress dalam beberapa hari ni menunggu penempatan oleh KPM.. Jadi cik yaya ikut adik2 cik yaya pi memancing.. Dapat menghayati langit yang membiru.. mendengar air yang mengalir.. dan ditemani angin yang bertiup lembut... Tenang sikit rasa hati ni... Ni la tempat cik yaya memancing..





lalalala....


Sebenarnya cik yaya suka tengok langit.. langit yang berawan lagila cik yaya suka... masa kecik2 dulu, cik yaya suka cari gambar tersembunyi  kat langit.. Mesti korang x tahukan ape yang cik yaya maksudkan... Rahsia!! x mau bagitau.. haha..

Apa? Dapat ikan ke tak? Iskh, soalan apa ni?

Mestila.... TAK DAPAT!! Haha.. Stress!!

(Ni mengubat stress ke menambah stress?)