Tuesday, 4 February 2014

Kulat tandan



Penah x makan benda alah ni? Kalau dalam rumah Cik Yaya, kami panggil cendawan ni kulat tandan. Bila Cik Yaya google, nama lain bagi cendawan ni ialah paddy straw mushroom atau straw mushroom. Nama saintifiknya pula ialah Volvariella volvacea. Kat kampung Cik Yaya, biasanya cendawan ni tumbuh dekat timbunan buah kelapa sawit yang dah diperah. Kiranya hampas sawitla.. Tapi, Cik Yaya penah jumpa cendawan ni dalam tin. Jadi, bagi yang nak try rasa bolehla cari kat pasaraya atau kedai berhampiran anda ye..


Rasa cendawan ni Cik Yaya x pandai nak terangkan.. huhu.. Bagi Cik Yaya sedapla.. Bila masak, teksturnya licin, rasa macam telur dadar..  Itu tekak Cik Yaya la. Tak taula tekak korang tafsir macam mana pulak.. Kena try baru tau..


Setelah dibersihkan, beginilah rupenyer... Beza sikit dengan yang dalam tin, sebab yang ni dah mekar. Biasanya, Cik Yaya masak sup atau goreng ngan tepung. Adik ipar Cik Yaya suka buat masak lemak.. Orang Nogori lah katakan.. Haha..


Taraaa!!! Hari ni Cik Yaya masak sup kulat tandan ngan ayam.. Nyum3.. delicious!! hehe..


3 comments:

  1. Cik yaya..kulat ni ad efek ke x?c kalau campor nge carbonara,crab stik,aym n cheese?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yg cik yaya dok makan x de effect apa2.. pasal nak campor dengan carbonara tu, tak pernah cuba lagi. X tau serasi ke tidak. Biasa goreng tepung, goreng ngan telur, buat sup, atau masak lemak. Kalau yg goreng tepung cicah cheese sedap je.. maaf yer.. nnt kalau awak cuba, boleh share info yer..

      Delete
  2. Mana nak cari kulat ni , saya teringin sangat nak makan ,mcm mna nak beli 😢?

    ReplyDelete