Tuesday 4 February 2014

Resepi wajik..

Mode: utara mari!


Sebenaqnya kalau sebut perkataan Wajik ni, konfom family Cik Yaya x tau.. Kami ni orang2 utara. X panggil Wajik tapi panggil Pulut Kacau atau Pulut Manis.. Penah dengaq x nama tu? Baru2 ni mak Cik Yaya buat benda alah ni sebagai salah satu hadiah dalam goodies bag kenduri kawen anak kawan ayah Cik Yaya. Faham ka statement ni? Haha.. X kisahla.. Sekarang, mai kita belajaq cara2 nak buat pulut kacau.. Mai cheq mai...



Bahan-bahannya.. (bulk production- kalau nak buat dalam kuantiti yang kecil sila bahagikan bahan2 ini)

4 kg beras pulut
8 biji kelapa
2 kg gula merah
1 kg gula pasir
Garam secukup rasa
Kalau nak wangi, boleh letakkan daun pandan.

Cara-cara..

1) Rendam beras pulut semalaman. Basuh dan toskan. Kukus beras pulut sehingga masak.
2) Parut kelapa dan perah santannya. Untuk dapatkan santan pekat, perah sekali sahaja.
3) Masak gula merah sehingga hancur.
4) Sediakan belanga.


      

Masukkan santan.    


Masukkan air gula merah. (Tapis dulu)


                   Masukkan gula pasir.                                   


 Masukkan garam.

5) Masak semua bahan sehingga agak pekat. Santan biar pecah minyak.
6) Kemudian, masukkan pulut dan kacau sehingga sebati macam gambar di bawah ni..


7) Bila dah sebati dan kering, maksudnya, kuih dah masak. Bolehla dimasukkan kedalam bekas.


Dah siap..

SELAMAT MENCUBA!!




No comments:

Post a Comment