Thursday 25 July 2024

Tentang penyesalan

Baiklah, saya mengaku saya dah belajar sesuatu yang pahit dalam dua hari ni. Belajar erti penyesalan. Bersyukur sebab apa yang disesalkan tidak melibatkan nyawa. Hanya hati yang terluka. Cukup menginsafkan.. 

Rupanya sakit betul penyesalan. Kita menyesal bila kita tak buat sesuatu yang patut kita buat. Kita nak buat tetapi keinginan itu tertutup dengan sesuatu. Seolah-olah penyesalan tu memang dah termaktub dan ditakdirkan dalam kehidupan kita. Akhirnya kita menyesal. Dan bayangan perkara yang patut kita buat tu berlegar-legar dalam kepala. Muncullah kata 'kalau'.  Kalau aku begitu.. Kalau aku begini.. Terfikir, apakah ada sesuatu yang kita boleh lakukan untuk mengelak terjadinya penyesalan?

Cik Yaya sangat bersyukur atas pengalaman ni. Akan Cik Yaya simpan dan jadikan panduan hingga ke akhir hayat. Sakit, sedih, sayu.. Rasa-rasa ini akan menguatkan lagi hati dan jiwa Cik Yaya untuk menempuh kehidupan mendatang. Kali pertama tak pernah mudah kan?


"Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah syurga

Bersyukurlah pada yang kuasa

Cinta kita di dunia

Selamanya"


I'm sorryyyyy girls. Let's do better next time. Yeahh..

What doesn't kill you makes you stronger!! Huh!!

#setiapharibelajar

#pengalamanhidup

Tuesday 16 July 2024

Alone without you

I am alone

Tied by the past

The fragrance of the flowers

The brightness of the sun

The breeze of the wind

The laughter of the people

No matter how beautiful the world is

Still

I am alone


Yaya Hanani

10 Muharram 1446H



Monday 1 July 2024

Yang ke-9

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Permata keluarga kami yang ke-9. Baby boy 3.6 kg selamat melihat dunia pada 25 Jun 2024. Syukur semuanya selamat..

Nama belum dipastikan lagi. Ayahnya tak umumkan lagi. Tok Wan kata Nur Hayyin. 



Mak Long doakan adik membesar dengan sihat, taat pada perintah Allah SWT, patuh pada ibu bapa, cerdas pemikiran dalam belajar ilmu bermanfaat, berEQ dan IQ yang tinggi dan menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Aaamiiin... 

Sebut pasal anak ni kan, teringat cerita semalam. Semalam Cik Yaya bersama dua orang kawan hadir ke mesyuarat ke suatu tempat yang satu jam setengah dari rumah. Kami naik satu kereta. Cik Yaya memandu. Disebabkan perjalanan agak jauh, banyakla cerita yang terkeluar dalam kereta. Disebabkan mereka berdua ni mak-mak, banyakla cerita pasal anak-anak masing-masing. Cik Yaya senyap dan dengar je la. 

Kawan pertama mengeluh tentang kehidupan anaknya di asrama. Dia ada dua anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua-dua tinggal di asrama yang tak jauh dari rumah. Ada dalam kalangan kawan anak lelakinya yang tertangkap masalah disiplin kat sekolah. Jadi dia mengesyaki anaknya terlibat sekali. Banyak kali dia dapatkan kepastian daripada anak lelaki dia tu. Galau betul.

Kawan yang kedua pulak risau dengan anak perempuannya.  Dia ni ustazah. Tapi anaknya selalu berpakaian yang tak sopan dan tak menutup aurat sepenuhnya. Sayu je bila dengar dia meluahkan perasaan pasal anak dia tu. Katanya dah banyak kali ditegur pasal masalah tu, tapi anaknya tetap tak berubah. Kawan ni malu... Dia bezakan anak dia dengan anak orang lain. Anak orang nampak sopan je, tapi anak dia nak pakai baju lengan panjang pon susah.

Masalah diorang ni tak la berat mana. Tapi Cik Yaya tak berani nak komen tentang masalah diorang ni. Sedar diri sebab tak ada anak. Nanti dikata tak memahami hati ibu-ibu pulak kan. Jawapan Cik Yaya dah tentu mengikut logik akal dan pemerhatian je...

Makanya siapa yang harus dipersalahkan dalam kes ni? Siapa? Siapa? Siapa boleh bagi jawapan? Anak-anak atau ibu bapanya? Atau mungkin cikgunya? Kawan-kawan, adik beradik atau sepupu sepapatnya? Atau mak cik kantin, tokey kedai runcit? Adakah keadaan? Adakah suratan?

Hahahaha. Dah mula nak mengarut. Inila komitmen yang tak sanggup Cik Yaya hadap. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Buat manusia memang senang. Cik Yaya tahu Cik Yaya tak de bakat dan kesabaran tu. Rasanya Cik Yaya dah boleh paham kenapa ada pasangan yang memilih untuk tidak beranak (childless couple) sepanjang hidup. Isu hot sekarang tu.. Bagi Cik Yaya, yang penting hiduplah dengan bahagia dan pastikan bahagia itu dibentuk dengan cara kita sendiri.

Begitulah... Acap kali perasaan NAK tu akan dipancung oleh komitmen. Dan Cik Yaya tahu yang Allah lebih tahu. PerancanganNya tak pernah salah. Cik Yaya yakin itu!!