Saturday, 22 May 2021

Politik tempat kerja..

Masa nak tulis tajuk post ni Cik Yaya macam keliru sikit. Betul ke politik? Ke patut guna perkataan macam suasana? Environment? Ke nak ekstrim guna perkataan mazhab.. Hmm.. Tetap dengan politik dulu...

Kan Cik Yaya baru pindah sekolah... Sebenarnya semua tempat kerja ada politik tersendiri kan.. Tapi nak luah jugak!! Cik Yaya takuttttt... Takut tersalah langkah. Takut tersalah cakap.

Kenapa? Sebabnya ramai sangat orang-orang senior kat sekolah tu... Takut... Cik Yaya bukan seorang yang mudah bergaul, pandai berkata-kata dan pandai mengambil hati.. Cik Yaya takut terutama bila berjumpa dengan orang yang banyak bercakap. Jenis yang petah lidah. Mulut murai.. Lagi satu jenis yang berpuak-puak.. Tak salah ada kawan rapat kat tempat kerja. Tapi bawalah vibes yang positif. Aaaaaarghhh.. Burdennya rasa.. Ottoke? 

What should I do? Sebabkan.. Orang-orang macam ni kan.. Diorang akan sentiasa nampak kesalahan orang. Kalau diam salah, bercakap pon salah... So, nak buat macam mana ni?? Cik Yaya tak boleh nak berlakon jadi orang lain. I am me!!

Mak kata, buat tak tahu je dengan orang macam tu. Buat je kerja kita sendiri. Betul.. Tapi.. Tapi.. Mampu ke bertahan? 

Kenapa wujud orang macam ni eh.. Tak boleh ke guna mulut untuk benda yang berfaedah je.. Patutla ada peribahasa, kerana mulut badan binasa. Boleh tak tunjukkan perwatakan professional. Tak perlu kot buat geng khas untuk kutuk mengutuk. Kerjalah dengan ikhlas dan hormat antara satu sama lain.. Terutama bila dah senior.. Barula orang pandang tinggi.. Market pon naik. Tak nak ke? Mati ke kalau tak cerita pasal orang? Mati ke kalau tak cari kesalahan orang?

Cik Yaya berdoa semoga tiada apa yang buruk akan berlaku dan semoga mereka tak mencari pasal.. Harap mereka berubah juga. Please, please, please be good to each other. Kalau ada apa-apa masalah, bincangla depan-depan.. Toksahla bawa mulut...  Ya Allah, kuatkan aku... Aamiin..

Tak tahu kenapa Cik Yaya rasa nak letak quote ni.. Adakah ini antara punca kenapa Cik Yaya terasa burden dan bermasalah dengan diorang? Hmmm... Sekian luahan malam ni... 


No comments:

Post a Comment