Sunday, 16 May 2021

Selamat Hari Guru 2021

 




Dulu, menjadi guru bukanlah pilihan pertama Cik Yaya. Sebab tu Cik Yaya sambung Ijazah dalam bidang kejuruteraan. Tapikan, orang selalu kata, yang kita tak nak tu la yang kita akan dapat. Akhirnya, Allah lorongkan juga jalan untuk Cik Yaya menjadi seorang guru. Cikgu Nur Hidayah.. Semuanya takdir Allah.. Juga berkat doa dari orang tua yang mengharapkan anaknya bergelar cikgu.. Nah.. Itulah kerjaya Cik Yaya sekarang.

Sepanjang menempuh perjalanan menjadi guru, macam-macam yang Cik Yaya belajar. Terutama tentang emosi dan pedagogi. Bagi Cik Yaya, dua perkara ni paling penting kalau nak jadi cikgu yang baik. Sampai sekarang, Cik Yaya masih belajar tentang dua benda ni. 

Masa jadi jurutera, main dengan mesin. Bila rosak, kena troubleshoot. Cari kat mana salahnya. Kerosakan bersifat sementara.

Bila bergelar guru, bermain dengan jiwa yang ada emosi, ada fikiran dan ada latar belakang yang pelbagai. Banyak guna budi bicara. Bukan mudah memanusiakan seorang manusia. Kalau berlaku kerosakan, seumur hidup menanggung kesannya.

Guru adalah orang kepercayaan. Selalu mak ayah sebut, anak dia lebih percayakan kata-kata cikgu.. Cikgu ajar begini... Cikgu kata begitu... Jatuh cinta beritahu cikgu, ada masalah keluarga cari cikgu... Bab akil baligh pon tak segan nak tanya cikgu... Kalau duduk asrama, semuanya cikgu...

Maka bila jadi cikgu, kena ada integriti... Rahsia adalah kepercayaan. Jangan dihebah-hebahkan tanpa sebab. Guru kena ajar sepenuh hati. Bila masuk kelas, semua emosi lain letak di luar kelas. Kena pandai main emosi dan menarik perhatian murid. Pastikan apa yang nak diajar, sampai dan melekat di hati murid. Rasa puas sangat kalau murid kata paham. Tula hadiah terindah bila jadi cikgu.

Cik Yaya suka jadi guru.. Jadi cikgu.. Alhamdulillah.. Ini yang terbaik. Menjadi guru adalah asbab untuk Cik Yaya membuat kebajikan dan menjadi manusia yang lebih baik. Syukur.. Selamat Hari Guru buat semua yang mengajarkan ilmu.. Tak kira apa pangkat anda. Hari ini hari kita!!

No comments:

Post a Comment