Saturday, 13 August 2016

Resepi daging masak hitam Sarawak..

Ha.. Dah duduk di bumi sarawak ni, kenala belajar masakan sarawak.. Resepi ni dapat daripada ibuk masa pergi mengurut baru-baru ni.. Terima kasih ibuk.. Bila time potluck, Cik Yaya pon masakla.. Sekali terlajak manis da.. Hmm.. Taula diri ini manis.. Inside outside gitewww.. Masak pon manis jugak ke.. Hmm.. Orang tua-tua kata.. Kalau masak terlajak masin, maksudnya nak berkahwin.. Kalau terlajak manis??? Jeng3... Hmm.. kembali ke motif asal.. Nak berkongsi resepi..


Semua ni dikisar sampai halus.. Kuantiti? Maafkan hamba..  Tak tau nak terang macam mana.. Korang agak2 la..


Daging pula dipotong.. Jangan nipis sangat.. Biar tebal-tebal sikit.. Dalam 1cm gitu.. Nak tebal lg pon boleh.. Ada yg potong kiub.. Cik Yaya terpotong nipis, jadi bila dah masak daging agak hancur.. Selepas dicuci dan ditos,daging diperap dengan kicap pekat dan gula apong.. Gula apong ni macam gula melaka tapi dia wujud dalam keadaan cecair yang likat.. Fuhh, nemu dek?? Susah tul nak buat ayat penerangan.. Daging diperap selama 30 minit.. Kuantiti kicap lebih kurang 1 cawan untuk 1kg daging.. Gula apong pulak, dalam 5 sudu besar untuk 1kg daging.. Boleh adjust mengikut tahap kemanisan yang korang nak..


Kemudian.. Tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.. Masa menumis kena pemurah dengan minyak.. Bukan apa.. Nak pastikan bahan tumisan betul-betul masak.. Jangan risau.. Nanti kita boleh buang semula minyak tu bila dah siap masak nanti.

Setelah bahan kisar naik minyak.. eh salah.. pecah minyak.. Kita masukkan daging yang telah diperap.


Masukkan juga kerisik.. Secukup rasa.. Ha.. yang kat sebelah kerisik tula gula apong.. Kat sarawak ja buleh jumpa.. Jangan lupa masukkan air secukupnya untuk mengempukkan daging..

Masak sampai pecah minyak kali kedua. Pastikan daging pun empuk.. Bolehla dihidangkan..


Ha.. Nampak tak daging hitam Cik Yaya kat atas meja tu.. Manis-manis pon laku ok.. Haha.. Sedap betul potluck kali ni.. Semua faveret.. Kenyang sampai ke malam.. Alhamdulillah.. Selamat mencuba!!





No comments:

Post a Comment