Sunday 21 August 2016

Kimbab ke?

Housemate ajak buat.. Jadi co-chef dia sbb tak pernah buat.. Hehe.. Senang je rupanya. Dapat ilmu dan pengalaman baru..

Bahan-bahan A
1. 2 cawan nasi panas
2. 1 sudu besar cuka
3. 1 sudu kecil minyak bijan
4. 2 sudu besar mayonis
5. 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
6. Garam secukup rasa

Bila dah digaul sebati jadila macam ni..

Bahan-bahan B
1. Lobak merah dihiris memanjang. Kemudian letak garam sikit dan goreng dalam minyak sampai layu..


2. Crab stick yang telah digoreng.


3.Telur dadar dipotong nipis-nipis

4. Tuna


5. Timun.. Sosej.. Boleh juga diletak sebagai filling. Tapi Cik Yaya tak suka.. Jadi tak letak ler..

6. Seaweed sheet..



7. Tikar buluh sushi..


Cara-cara nak menggulung..

Letak seaweed.. Ratakan nasi..

Letak filling

Gulung..

Selepas dipotong dan boleh dingap!!

Untuk melazatkan lagi kimbab/sushi, bolehlah dicicah dengan kicapnya.. Caranya.. Masukkan kicap masin, air masak dan sedikit cuka ke dalam mangkuk kecil dan kacau sebati.. Boleh adjust sendiri kuantitinya mengikut citarasa.. 

Okla.. Nak makan.. Kepada korang, SELAMAT MENCUBAAA!!

No comments:

Post a Comment