Thursday, 12 May 2016

Kami berperiuk tuah

Sempena hari guru yang bakal menjelma, hari ni Cik Yaya dan kawan-kawan berpotluck (periuk tuah).. hehe.. Kali ni lain sikit sebab kami pakai baju uniform kami.. hehe.. Gelombang biru.. (tak dak kaitan dengan yang menang atau yang kalah yer.. kuikuikui). Sempena potluck hari ni, Cik yaya ditugaskan untuk membuat bakso.. Pergh.. Tak pernah-pernah buat bakso.. Ottoke? Tapi dengan adanya en. Google dan resepi daripada seorang kawan yang terer buat bakso, maka terhasillah bakso sulung Cik Yaya dan hosmet.. Tarra...



Nampak macam jadi.. Kan? Kan? Cik Yaya dengan hosmet sangat berbangga dengan hasil kerja kami.. Tapi.. Kami rasa sangat letih memasak bakso ni.. Mana taknya, pukul 7.00 pagi dah di pasar.. Pukul 8.30 baru siap membeli.. Pastu pergi sarapan.. Pukul 9.00 berkebun pulak.. 9.30 baru mula memasak..  Kami memasak sampai jam 11.30.. 11.45  packing dan bawa masuk dalam kereta.. Lepas tu bersiap ke sekolah terus.. Penat.. Dalam kelas sangat tak bermaya.. huhu.. Nasib murid-murid baik hari ni..Kalau tak.. Memang menyinga la jawabnya.. hehe..




Kami...


Juadah-juadah yang disediakan oleh kami.. Banyakkan.. Yang paling sedap sekali ialah... ialah.. ialah.. Hrmmm.. Mesti korang teka bakso Cik Yaya kan.. Salah, salah, dan salahhh.. Yang paling sedap ialah yang nun di hujung sebelah kiri meja tu.. hehe. Air oren tropicana twister.. Hehe.. My favourite!! Always.. Forever love.. Haha.. But.. I love orange juice less than I love YOU!! Piece.... 

No comments:

Post a Comment