Friday, 30 January 2015

Petua menghilangkan ketumbit..

Hai semua.. 

Sekarang ni, salah seorang hosmet Cik Yaya tengah bengkak mata.. Bukan sebab ditumbuk atau bertumbuk... Tapi sebab KETUMBIT.. Sakit tu... Cik Yaya tahu sangatla perasaan kena ketumbit.. Dulu-dulu masa Cik Yaya kecik-kecik.. masa dalam darjah-darjah lagi, Cik Yaya selalu kena ketumbit.. InsyaAllah.. Ada hikmahnya tu..  Dalam sebulan tu ada la 2 atau 3 kali.. Baru je surut, bengkak semula..  Kadang-kadang ada mata, kadang-kadang tak dak.. Keluarga, cikgu-cikgu dan kawan-kawan selalu usik Cik Yaya.. Mereka selalu kata Cik Yaya suka mengendap orang mandi.. Sebab tu dapat ketumbit.. Puii!! Hihi.. Mana ada!! Tak dak keja nak buat benda yang tak da pekdah tu... 

Sampaila satu hari, ada sorang cikgu ni.. Lupa dah nama dia.. Tapi ajaran dia sentiasa Cik Yaya ingat.. Dia bagi petua kat Cik Yaya.. Petua dia macam ni.. Kalau ketumbit tu jadi belah mata kiri, gosok belakang belah kanan kat tiang rumah.. Mesti tiang rumah yer.. Kalau jadi kat mata belah kanan, gosoklah belakang belah kiri.. Senang ja petua dia.. Macam tak boleh nak percaya kan.. Mak ayah Cik Yaya pun gelak ja masa Cik Yaya bagitau petua cikgu ni... Tapi, Cik Yaya buat jugak.. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, lepas Cik Yaya buat, sampai sekarang tak pernah tumbuh ketumbit.. Kuangkuangkuang... Sapa nak jelaskan??

Itulah, petua orang dulu-dulu ni kadang-kadang tak logik tapi berkesan.. Tak tahulah disebabkan psikologi atau apa.. Kepada yang ada masalah ketumbit sekarang ni, cubalah petua ni.. Dengan izin Allah... Sekarang Cik Yaya nak pi kongsi petua ni dengan hosmet Cik Yaya.. Oklah, nak menjalankan misi menyelamat sekarang!! Jumpa lagi!! Bye bye bye!!

Ketumbit (Gambar dari Google)

Monday, 19 January 2015

Big Bang - Monster English Lyrics

[T.O.P]
It’s been a while since we’ve met
Your face looks good
You got prettier, you were always beautiful in my eyes
[G-Dragon]
But today you look a bit different
You look especially a bit cold
Your eyes that look at me are filled with pity
In front of you, I seem smaller
[T.O.P]
I tried to be fine, trying to change the subject
Though I had so much I wanted to ask you
[G-Dragon]
You cut me off right away
Your long hair flowing
[T.O.P]
As it hit my cheek and passed away
You turn away and left right away
[G-Dragon]
If I try to catch you here, would that be too ridiculous?
[Taeyang]
Nothing comes to my mind
As you tremble, you take a step, two steps back
You say that I scare you now
You’re like a moon that makes me go crazy
[Daesung]
I love you baby I’m not a monster
You know how I was in the past
When time passes, it’ll all disappear
Then you will know baby
[Taeyang]
I need you baby I’m not a monster
You know me so don’t leave like this
If even you throw me away, I will die
I’m not a monster
[Seungri]
No matter what happens, let’s be forever
When we’re sad, when we’re happy, let’s go till the end
You don’t say that tomorrow
Let’s love like today is the last
[G-Dragon]
A life without you is like an imprisonment for life
An extinction from the world to the point where I’d go crazy
Your existence is a chronic disease, a repitition of pain
You’re a lingering attachment in my heart
[T.O.P]
The people of the world have turned their backs against me
The corners of their eyes are all twisted up
The greatest pain to me,
Is the fact that you became the same as them
[Daesung]
I love you baby I’m not a monster
You know how I was in the past
When time passes, it’ll all disappear
Then you will know baby
[Taeyang]
I need you baby I’m not a monster
You know me so don’t leave like this
If even you throw me away, I will die
I’m not a monster
[Seungri]
Don’t go, don’t go, don’t go, don’t leave me
Don’t do it, don’t do it, don’t do it, it’s not like you
[Daesung] Getting farther away, love is breaking apart
[Seungri]
Don’t find me, don’t find me, don’t find me, don’t look for me
The last, last, last image
[Taeyang] of me in front of you, Remember that, Don’t forget me
[Daesung]
I love you baby I’m not a monster
You know how I was in the past
When time passes, it’ll all disappear
Then you will know baby
[Taeyang]
I need you baby I’m not a monster
You know me so don’t leave like this
If even you throw me away, I will die
I’m not a monster
[G-Dragon]
I think I’m sick I think I’m sick
I think I’m sick I think I’m sick

Buah Mujau, buah rambutan tanpa rambut..

Ha.. inilah kelebihan merantau ke tempat orang.. hihi... Kali ni dapat merasa keenakkan buah mujau.. Alhamdulillah.. Buahnya kecil-kecil.. Berwarna merah. Rasa dan rupa isinya  macam buah rambutan.. Tapi ada masam-masam sikit. Sedap.. Inilah rupanya..






Panggilan buah Mujau ni berasal dari kaum Iban.. Kalau orang melayu panggil buah redan.. Kalau nak tahu lagi tentang buah ni, boleh klik sini.. Tentang buah isau pun ada.. (rujuk post Cik Yaya yang lepas-lepas..). Tapi.. korang translatela sendiri.. kuikuikui..

Monday, 12 January 2015

Resepi Puding Roti Cheese Berkismis



Kali pertama Cik Yaya buat nih... Sangat sedap.. Meh kita belajar sama-sama...

Bahan-bahan..

1. 12 keping roti di carik 4
2. 2 cawan susu segar
3. 1/2 cawan gula
4. 1 sudu besar mentega
5. 1/4 sudu kecil garam
6. 3 biji telur di pukul dengan garfu
7. esen vanilla
8. serbuk kayu manis
9. kismis (kuantiti ikut suka)
10. Keju cheddar ( kuantiti pun ikut suka)


Cara-cara

1. Panaskan susu dengan mentega, serbuk kayu manis, esen vanilla, garam dan gula sehingga hampir mendidih dan tutupkan api.
2. Kacau rata dan masukkan roti.
3. Akhir sekali, masukkan telur.
4. Tuang kedalam loyang yang telah digris dengan mentega dan tepung.
5. Taburkan kismis.
6. Parutkan keju cheddar.
7. Bakar secara steam bath. (Loyang dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi air mendidih)
8. Sejukkan dan sedia untuk dihidang..


Selamat mencuba... Yummy-yummy!

Kek cheese lapis crackers lagi!!

Dulu Cik Yaya bagi resepi.. Kali ni nak tunjukan step pulak.. Resepi boleh klik di sini...


Inilah bahan-bahannya..



Masukkan semua bahan-bahan dan pukul sehingga kental.


Kemudian lapiskan.



Kali ni, Cik Yaya toppingkan dengan parutan cheddar..
Sejukkan semalaman.
Dah siap..

Selamat mencuba!!



Kait mengait semasa cuti..

Cuti sekolah yang lepas sempatla mengait kopiah untuk adik Cik Yaya Haziq Haikal.. Kopiah lama dia dah terkoyak dah. Dok pakai time mengaji Quran.. Macam besa, meh kita tengok model kopiah kita beraksi... kihkihkih..








Kopiah kelabu koko ni sebenarnya lebihan benang yang Cik Yaya guna untuk kait beg merewang mak Cik Yaya..




Bestnya mengait!!


Pantun cuti-cuti sekolah...


Itik berenang dalam perigi,
Ayam nampak geli hati,
Seminggu lagi sekolah cuti,
Wow, berbunga- bunga rasa hati.

Ayam ketawa masuk longkang,
Itik terkejut keluar perigi,
Segala macam aku rancang,
Itu ini kesana kesini.

Ayam melatah riuh sekampung,
Buat bising tak kira masa,
Dah sampai aku ke kampung,
Rehat dulu tak mau buat apa.

Ayam berehat di atas para,
Itik datang nak join sama,
Apa dirancang aku buat-buat lupa,
Argh, cuti lama lagi la.

Duduk bersembang ayam dan itik,
Entah apa cerita mereka,
Pejam celik pejam celik,
Alamak, cuti dah habis rupanya.

Kuikuikui... last-last apa pun tak jadi... Padan muka Cik Yaya!! Hahahaha..