Friday, 24 July 2015

Selamat Hari Raya!!


Nah, Cik Yaya belanja gambar hidangan raya.. hehe.. Jangan marah na...




Tuesday, 7 July 2015

Mengidam ubi keledek

Pagi tadi Cik Yaya carik satu Kapit ubi keledek. Dah dua hari dah tekak ni mengidam nak makan ubi keledek rebus.. Tapi.. Biasala... Adat mengidam.. Time mencari tula susah nak dapat.. Cik Yaya carik kat pasar, carik kat kedai.. Semua tak de... Akhirnya, Cik Yaya jumpa 3 biji keledek kecut dekat supermarket. Kecut pun kecutla.. Asalkan tak kempunan.. Ni dok tengah rebus ni.. Tak sabar nak makan... Banyak suka hati lo...




Sementara nak tunggu ubi keledek tu masak, meh kita belajar bahasa lain bagi ubi keledek... 

Orang putih panggil sweet potato
Orang Korea panggil goguma (고구마)
Orang Cina panggil digua (地瓜)
Orang Jepun panggil satsumaimo (サツマイモ) 
Orang Indonesia panggil ubi jalar.
Orang Utan panggil.... Haha... Dah merapu dah.. Baik berhenti sebelom jadi lagi teruk. 

Ubi pun dah masak.. Cik Yaya makan dulu yer.. (^_^)

Oouch, panas!! ekekeke (padan muka!)






Monday, 6 July 2015

Seri gunung? Apa tu?

Ha.. Pernah dengar tak 'seri gunung'? Apa? Sejenis makanan? Minuman? Kuih? (Ececece.. mentang-mentang la bulan posa..) Hmm.. Salah.. salah.. Bukan nama kuih, bukan nama tempat, nama orang lagilah bukan..  Cik Yaya pun baru belajar hari ni... Daripada seorang kawan orang Melayu Sarawak.. Sebenarnya seri gunung ni adalah simpulan bahasa.. Maksudnya ialah, orang yang kelihatan cantik dari jauh tetapi bila kita lihat dari dekat biasa-biasa jer.. Macam gunung.. Dari jauh cantik, nampak ada berbagai rupa.. Tapi bila dilihat secara dekat, sebenarnya hutan dan bebatu jer..

Jadi lepas ni, jangan lah kembang kempis sangat bila orang cakap, 'Eh kau ni cantik macam seri gunung la..' Hehehe.. Sekian pelajaran kita hari ni... 


Thursday, 25 June 2015

Aish, budak ni!!

Tengokla buku a nak murid Cik Yaya nih! Buku latihan macam buku  kitar semula.. Nak meletop rasa.. Dengan kulit tak dak... Abih semua terkoyak. Kerja yang Cik Yaya bagi memangla dibuat, tapi tak kemas.. Nila budak-budak zaman la ni... Masa Ci Yaya sekolah dulu, nak koyak buku pun takut,, Cikgu kata, dia buleh tau sapa yang koyak buku.. Sebab dia kira bilangan muka surat buku  masa semak..  Takut bukan main.. Ikut logik manala cikgu tu dapat kira.. Tapi kita ni hormat dan patuh pada cikgu.. Tak berani nak buat benda yang tak boleh buat..  Aish geram aih... 


Projek baru..

Tara... Sekali lagi nak buat alas meja... Takat ni baru 2 inci.. Kuikuikui...


No pain no gain!!  Haha..

Thursday, 18 June 2015

SEROJA..

Tengah gila dengar lagu ni sekarang...

Seroja~Search



Terpancar sejalur cahaya
Di kelopaknya seroja
Bak kemilau samarenda
Memukau mata hati ini seketika

Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Dan terkena lontaran senyuman misteri

Siapa gerangan sang puteri
Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

Puteri Seroja
Pasti cintakan bersua
Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Dan terkena lontaran senyuman misteri

Siapa gerangan sang puteri
Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

Puteri Seroja
Pasti cintakan bersua

Puteri Seroja
Cintakan bersua

Wednesday, 17 June 2015

Selamat Berpuasa!!


Masa paling tak best masa mengajar di dalam kelas ialah waktu budak-budak tekun jawab soalan latihan... Masa tu rasa bosan yang amat...  Kacau kang tak profesional pulak.. kihkihkih.. Akhirnya tadi ada yang buka mulut.. Bukan cikgu yang mula dulu eh... 

"Esok mesti tak nampak botol air cikgu kan.."

Senyum.. dalam hati, eh, botol air ni macam dah jadi trademark aku pulak...

"Esok kan dah puasa.."

"Ha.. Tahu pun awak.. Bila puasa saya tak makan.. Jadi saya lapar.. Kalau awak buat perangai dengan saya, saya telan awak!"

"Mana boleh cikgu, nanti batal puasa.."

"Mana muat mulut cikgu, mesti kembung perut cikgu"

Satu kelas terkekek-kekek ketawa.. Hahaha.. Bising pulak...  Semua nak menyambung kata. Hilang bosan cikgu.. Tapi kerja diorang pulak tergendala.. Tak boleh jadi.. Kena stop nih!

"Dah! dah! Sambung buat keja!"

Bosan pun bosanlah.. Janji kerja budak-budak siap dan PdP mencapai objektif.. Hehe...


========================================================================


Sedar tak sedar, esok puasa.. Ini puasa kali kedua di Kapit.. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk berpuasa.. Cuaca kat Kapit sekarang ni sangat panas kerana kemarau. Cik Yaya pula mengajar di sesi petang.. Kesihatan pun tak berapa baik. Batuk selalu... Mencabar rasanya Ramadhan kali ni...

Apa-apa pun, mesti yakin boleh.. Kewajiban mesti ditunaikan.. hehe.. Selamat Datang Ramadhan!!