Wednesday 17 June 2015

Selamat Berpuasa!!


Masa paling tak best masa mengajar di dalam kelas ialah waktu budak-budak tekun jawab soalan latihan... Masa tu rasa bosan yang amat...  Kacau kang tak profesional pulak.. kihkihkih.. Akhirnya tadi ada yang buka mulut.. Bukan cikgu yang mula dulu eh... 

"Esok mesti tak nampak botol air cikgu kan.."

Senyum.. dalam hati, eh, botol air ni macam dah jadi trademark aku pulak...

"Esok kan dah puasa.."

"Ha.. Tahu pun awak.. Bila puasa saya tak makan.. Jadi saya lapar.. Kalau awak buat perangai dengan saya, saya telan awak!"

"Mana boleh cikgu, nanti batal puasa.."

"Mana muat mulut cikgu, mesti kembung perut cikgu"

Satu kelas terkekek-kekek ketawa.. Hahaha.. Bising pulak...  Semua nak menyambung kata. Hilang bosan cikgu.. Tapi kerja diorang pulak tergendala.. Tak boleh jadi.. Kena stop nih!

"Dah! dah! Sambung buat keja!"

Bosan pun bosanlah.. Janji kerja budak-budak siap dan PdP mencapai objektif.. Hehe...


========================================================================


Sedar tak sedar, esok puasa.. Ini puasa kali kedua di Kapit.. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk berpuasa.. Cuaca kat Kapit sekarang ni sangat panas kerana kemarau. Cik Yaya pula mengajar di sesi petang.. Kesihatan pun tak berapa baik. Batuk selalu... Mencabar rasanya Ramadhan kali ni...

Apa-apa pun, mesti yakin boleh.. Kewajiban mesti ditunaikan.. hehe.. Selamat Datang Ramadhan!!



No comments:

Post a Comment