Friday, 17 April 2015

Apple of my eye..


Unik itu indah!!

I miss you even when I look at you... (T_T)

Sunday, 8 March 2015

Rasa hati..

Sekarang pukul 4.20 pagi. Cik Yaya terdengar kokokan ayam.. Kokokan tu membuatkan Cik Yaya rindukan rumah. Alangkah selesanya kalau berada di rumah saat ni. Dari dulu lagi.. Sejak dari matrikulasi, sejak dari zaman universiti.. Sampailah sekarang.. Perasaan yang sama... Kokokan tu membuat Cik Yaya rindukan kehangatan kasih sayang di rumah. Rindukan desir angin yang menderu.. Rindukan mentari yang menyinar.. Suasana yang tercipta berbeza bila berada di rumah. Membahagiakan... 

Sungguh, Cik Yaya rindukan rumah!! (T_T)

Thursday, 5 March 2015

Melepas gian mengekek...

Mangsa: Ahli Kelab Pengguna, Ahli Kelab Robotik dan Rekacipta, Ahli Kelab ERT, serta guru-guru pengiring (nasib ler korang)
Lokasi: Bilik ERT
Aktiviti: Bergotong-royong membersihkan dan mengemas bilik ERT (itu pelan asal)
Menu yang terpaksa dijamah: Penkek dan kek coklat (Hasil melepaskan gian)
Reaksi: Muka kelat, mulut terpaksa menelan dan kepala mengangguk-ngangguk (haha)




Nak cikgu masak lagi ke?? Haha..



Monday, 2 March 2015

CintaNya..

Tengah belek facebook, ada orang share ni..

Monday, 23 February 2015

I am a KILLER!!


Luahan hati seorang hamba Allah. Lokasi kejadian ialah di sekolah. Huhu. Tak tahulah apa motif sebenar si penulis. Cik Yaya ni garang sangat kot..  Haha.. Apa Cik Yaya tau benda ni telah menyedarkan Cik Yaya yang buah hati Cik Yaya ni tersangatla kotor.. Maka esoknya pagi-pagi lagi dah kena mandi.. Semua yang berlaku ada hikmahnya kan.. Kuikuikui.. Terima kasih pada yang menulis nota ni.. Basuh tak tangan lepas tulis?? Hihi..

Monday, 2 February 2015

Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..

~A. Samad Said (1985 )