Tuesday, 15 October 2013

Maruku oo maruku...

Hari ni nak kongsi resepi maruku mak cik yaya..

Bahan-bahan
A
sepaket tepung beras
2 paket tepung pulut
B
garam secukup rasa
segenggam udang kering
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar marjerin
santan kelapa secukupnya
cili kering secukup pedas
3 batang serai
1 biji bawang besar
C
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan bahan A dalam bekas besar.
2. Kisar bahan-bahan B
3. Satukan bahan A dan bahan B sampai sebati.
4. Sila baca sambungannya di bawah ni ye..





Jadi macam ni adunan itu..


Kemudian panaskan bahan C dalam belanga. api sedang-sedang je..


Masukkan adunan dalam acuan, kemudian tekan and goreng maruku..




Setelah masak angkat dan toskan lalu dimasukkan kedalam bekas kedap udara...

Siap sedia untuk dingap. 

Sebelum bekas dibuka, anda disyorkan untuk bukak tv dan duduk diatas sofa empuk supaya dapat menambahkan lagi keenakan maruku anda.. haha..

Sunday, 6 October 2013

Kek Coklat Moist menggunakan Tepung Segera Coklat Moist Cik Yaya!!





Resepi kek cheese lapis biskut empat segi..


Biasanya biskut empat segi (cracker) kita buat cecah ngan air teh atau milo je kan.. Tapi kali ni kita nak makan dengan cheese.. Senang je nak buat kek ni.. Yang pandai pun boleh jadi pandai.. Nampak cam messy je kan.. tp sedap.. Dijamin!! Ni dah kali kedua cik yaya buat..

Bahan-bahan
A
250 g cream cheese
1 cwn whipping cream
3/4 cwn susu pekat manis
B
air susu/ air kopi/ atau sebarang air berperisa  (suam)
biskut empat segi

Cara-cara
1. Satukan bahan2 A and pukul hingga sebati
2. Untuk bahan B, rendamkan biskut dalam air selama 3 saat.
3. Lapiskan bahan A dan B sehingga habis.
4. Masukkan dalam peti sejuk (icebox) selama semalaman.
5. Potong n boleh ngap!

Kat bahagian atas kek dalam gambar kat atas tu, cik yaya letak blueberry filling. rasa masam2 sikit.. ada yang letak nestumlah, serbuk kokolah.. ikut le kegemaran masing2.

Selamat mencuba!!

Wednesday, 2 October 2013

Kopiah berkait untuk Haziq..


Kopiah Paten 1



Kopiah Paten 2



Topi lelaki paten 1




Kopiah paten 3


Kopiah paten 4

Suka x adik?? hihi..

Friday, 20 September 2013

Buku-buku teks Universiti untuk dijual...

Berikut adalah senarainya.. harga x lebih daripada RM 35.. hihi.. berminat boleh hubungi saya melalui email k..

1. numerical methods for engineers- mcgraw hill international edition
2.elements of chemical reaction engineering- pearson international edition
3. wastewater engineering treatment and reuse- mcgraw hill international edition
4. physical chemistry-mcgraw hill international edit
5. product & process design principles- wiley international edition
6. unit operations of chemical engineering-mcgraw hill international edition
7.business mathematics-mcgraw hill education
8. financial statement analysis-mcgraw hill international edition
9. elementary principles of chemical processes- wiley international edition
10. university physics-Edition-wesley interational edition 
11. engineering mechanics statics- pearson international edition
12. discovering computers 2006- thompson course technology
13. discovering computers 2009- course technology 
14. principles of marketing- pearson global edition
15. fundamentals of investing- pearson international edition
16. Microeconomics- oxford
17. principles of islamic jurisprudence- Ilmiah publishers

SOLD OUT 

Wednesday, 17 July 2013

Kek coklat lapis keju..


Berwarna warni deconyer... 
Harap2 kak Azi dan keluarga suka dengan rasanya.. 

Selamat hari lahir!!

ps: gambar dicuri dr fb kak azi ni.. Ampun..

Friday, 14 June 2013

Idiom 4 2day..



Bricks and stones can break my bones, 
But words can break my heart...
And time is the only cure..