Tuesday, 15 October 2013

Maruku oo maruku...

Hari ni nak kongsi resepi maruku mak cik yaya..

Bahan-bahan
A
sepaket tepung beras
2 paket tepung pulut
B
garam secukup rasa
segenggam udang kering
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar marjerin
santan kelapa secukupnya
cili kering secukup pedas
3 batang serai
1 biji bawang besar
C
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan bahan A dalam bekas besar.
2. Kisar bahan-bahan B
3. Satukan bahan A dan bahan B sampai sebati.
4. Sila baca sambungannya di bawah ni ye..





Jadi macam ni adunan itu..


Kemudian panaskan bahan C dalam belanga. api sedang-sedang je..


Masukkan adunan dalam acuan, kemudian tekan and goreng maruku..




Setelah masak angkat dan toskan lalu dimasukkan kedalam bekas kedap udara...

Siap sedia untuk dingap. 

Sebelum bekas dibuka, anda disyorkan untuk bukak tv dan duduk diatas sofa empuk supaya dapat menambahkan lagi keenakan maruku anda.. haha..

No comments:

Post a Comment