Wednesday, 27 December 2023

Hari Yaya

Alhamdulillah, tua setahun lagi.. Selamat Hari Lahir Yaya! Yey!

Cik Yaya tak dak idea nak tulis apa hari ni. Kesyukuran, harapan dan doa yang sama dipanjatkan kepada Allah SWT saban tahun. Semoga diri ini diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Aamiiiin...

Hmmm... Apa kata kalau tahun ni Cik Yaya bagi fakta tak berapa menarik pasal diri sendiri. Hahahaha. Mungkinkah ada yang sama antara kita.

Pertamanya, Cik Yaya seorang yang cemerkap. Ada je benda-benda yang menyakitkan hati dan fizikal terjadi disebabkan kecuaian diri. Cik Yaya bagi contoh yang berlaku minggu ni ja. Tercekik tulang ikan. Itu wajib tiap kali makan ikan... Pi sepak kabinet dapur sampai lebam hitam kuku jari kelingking kaki. Kalau ikut logik la kan, kabinet tu tak menghalang jalan atau apa pun, tapi tetap berjaya melukakan diri ini. Lagi, siram pokok bunga dan dicederakan oleh pasu bunga. Sagat kaki di pasu bunga. Adoila.. Sampai hari ni dok pedih lagi. 

Keduanya, Cik Yaya suka angin. Tengok pokok ditiup angin pon dah mendamaikan. Terutama pokok kelapa. Bunyi desiran tu sangat menenangkan jiwa. Apetah lagi kalau ada kombinasi angin, langit, awan, laut dan pantai.. Cik Yaya boleh duduk termenung berjam-jam lamanya. Sampai  kena marahla dengan orang sebelah. Hahahaha. Cik Yaya juga suka naik motosikal disebabkan angin. Tapi lesen tak de.. Kuikuikui.

Ketiganya, Cik Yaya suka dengar lagu. Tak kira dalam bahasa apa pun liriknya. Tak kira juga apa pun genrenya. Kadang-kadang terpikat dengan liriknya, kadang-kadang terpikat dengan iramanya. Kadang-kadang orang recommend, kadang-kadang jumpa sendiri melalui radio, filem atau drama. Walau pun tak berapa tahu tentang muzik, Cik Yaya sangat menikmati dan mengagumi lagu-lagu yang indah. 

Sekian 3 fakta tentang diri ini untuk tahun 2023. Hahaha. Menyesal tak baca? Byebyebye!




Monday, 18 December 2023

Langit, laut dan aku














Selamat bercuti buat semua cikgu-cikgi dan murid sekolah di Malaysia!!💖💖💖
Jaga diri ya!!



Kasut


Kalau baca post-post Cik Yaya sebelum ni, ada beberapa luahan tentang kasut. Hmmm.. Susah betul nak cari kasut yang sesuai dengan kaki ini. Baru-baru ni melabur lagi untuk sepasang kasut. Masa berjalan di kaki lima kedai, nampak satu kedai kasut. Kecil je tapi boleh tahan banyak kasutnya. Puas mencuba yang itu dan ini, akhirnya menjadi pemilik kasut ini. Alhamdulillah, setakat hari ini, kasut ni agak selesa. Tapi masih dalam tempoh percubaan lagi ni. Harap dapatla jaga peperiksaan SPM dengan yakin dan bergaya tahun ni. Kalaulah betul-betul ngam, nampaknya akan setialah dengan kedai dan jenama ni. Doakan kami serasi yer... Ececece. Lain.macam bunyinya.. Hahahaha

Ditimpa kecelakaan

Sedihhhh.... Robek hatiku.. Tak semena-mena pergi langgar tangga nak ke padang.. Tangga tu agak tinggi.  Puncanya sebab parking betul-betul depan tangga tu. Bila nak keluar parking, lupa nak undur dulu. Terus keluar dan langgar. Abih rosak bumper... Huhuhuhu...


3 hari jugala di bengkel. Sedih.. Tapi nasib baikla tak kena lampu-lampu bagai. Alhamdulillah.. Thank you Allah. Alhamdulilllah syukur juga sebab berjaya menghadapi ujian ni. Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang insan melebihi kemampuan dirinya.. Alhamdulillah.. 

Cerita November






Simpan memori kat sini. Kiranya, November tahun ni ialah bulan bersosial Cik Yaya.. Hahaha.. Penat betul bersosial sebagai introvert ni! Sabar jelah! Syabas Yaya sebab berjaya bersosial tanpa memalukan diri! Yey!

 

Buah Perah


Pertama kali kenal dan rasa buah perah seumur hidup.. Kata kawan yang bawa ni, nak rebus buah perah ni makan masa. Kena empat kali rebus, Setiap kali rebus ambil masa 30 minit. Masa rebus kali keempat barulah letak garam sebagai perasa. Kalau salah rebus, mabuk nanti.. Dia kata lagi, buah ni bermusim dan boleh di beli di shopee. Hmm.. Segalanya dihujung jari.


Buka buah perah macam buka kacang tanah rebus. Kulit luar dia keras.


Inilah rupa isi buah perah. Rasa dia macam biji cempedak rebus. Itu kalau ikut tekak Cik Yaya la.. Tak tau la boleh dipercayai ke tidak.. Hahaha..  Sekian perkongsian pasal buah perah.. Bye3

 




Friday, 1 December 2023

#18


Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

~Sebahagian lirik Asyik oleh Damasutra~



Layan blues

HATE YOU by JUNG KOOK BTS

I wish you went behind my back
And told me lies and stuff like that

I wish you kissed someone I know
And did the unforgivable
Maybe hating you's the only way it doesn't hurt

So, I'm gonna hate you
I'm gonna hate you
Paint you like the villain that you never were
I'm gonna blame you
For things that you don't do
Hating you's the only way it doesn't hurt

We weren't perfect but we came close
Until I put all of our pain under the microscope
And I still can't face it
I'm still in love, for what it's worth
Maybe hating you's the only way it doesn't hurt

So, I'm gonna hate you
I'm gonna hate you
Paint you likе the villain that you never wеre
I'm gonna blame you
For things that you don't do
Hating you's the only way it doesn't hurt

Ooh, ooh, ooh, ooh-ooh
Ooh, ooh-ooh, ooh-ooh

It's not the truth
It's not the cure
But hating you's the only way it doesn't hurt


Part yang paling Cik Yaya suka bila baca majalah Ujang. Satu-satunya karakter yang Cik Yaya pernah tiru dan lukis semula. Tak menjadi mana tapi puas hati la masa tu. Rasa hebat sangat dah melukis. Cit! Hahahaha. 

Pasal lagu ni... Macam nak menangis tiap kali dengar lagu ni. Tapi tetap ulang dengar. Macam... Macam... Entahlah.. Susah nak dijelaskan. Lompong? Pedih? Kesal? Arghhh, tak tau nak kata. Layan je lah! 

By the way, it's December today! Welcoming my most favourite month of the year!