Monday, 18 December 2023

Kasut


Kalau baca post-post Cik Yaya sebelum ni, ada beberapa luahan tentang kasut. Hmmm.. Susah betul nak cari kasut yang sesuai dengan kaki ini. Baru-baru ni melabur lagi untuk sepasang kasut. Masa berjalan di kaki lima kedai, nampak satu kedai kasut. Kecil je tapi boleh tahan banyak kasutnya. Puas mencuba yang itu dan ini, akhirnya menjadi pemilik kasut ini. Alhamdulillah, setakat hari ini, kasut ni agak selesa. Tapi masih dalam tempoh percubaan lagi ni. Harap dapatla jaga peperiksaan SPM dengan yakin dan bergaya tahun ni. Kalaulah betul-betul ngam, nampaknya akan setialah dengan kedai dan jenama ni. Doakan kami serasi yer... Ececece. Lain.macam bunyinya.. Hahahaha

No comments:

Post a Comment