Lama rasanya tidak menulis. Bukan tiada cerita, tapi tiada masa dan mood untuk menulis.
Perkembangan terbaru Cik Yaya? Hmm.. Baru berpindah rumah. Macam-macam pengalaman baru. Bersyukur sangat ada ahli keluarga yang banyak membantu. Semuanya akan diingat sampai ke akhir hayat..
Pengalaman membasuh rumah, memasang grill, memasang lampu dan kipas, membeli perabot, berurusan dengan pihak tnb, paip, alam flora dan urusan membeli barang keperluan rumah seperti periuk belanga, pinggan mangkok dan hiasan-hiasan.
Itu belom semua. Banyak lagi yang tak terungkap. Secara langsung atau tidak langsung. Tak dapat Cik Yaya bayangkan kalau tiada mereka.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..
Perkembangan di sekolah pula, sudah semakin serasi.. Meski hati masih lagi membanding beza. Tapi semakin menerima.. Alhamdulillah.. Bersyukur kerana dipertemukan dengan kawan-kawan yang sekepala..
Kehidupan.. Hmmm.. Masih cuba membuka hati. Kesihatan agak terkawal.. Alhamdulillah..
Tu je kot perkembangan setakat ni.. Nak masuk kelas dah ni.. Babai korang.. Semoga kita menjadi orang yang lebih baik hari demi hari.. Amin..
No comments:
Post a Comment