Saturday, 24 March 2018

Mengidam laksa Sarawak

Tempat jatuh lagi dikenang, ini pulak tempat pertama posting.. Hehe.. Kita tukar sikit peribahasa tu.. Serius.. Kadang-kadang rindu bertamu di hati.. Teringat segala memori..  Bila skrol muka buku, membaca khabar yang disana, menitis air mata.. Bukan tak bersyukur dapat kembali ke pangkuan ayah bonda, tapi adat berpisah.. Jauh di mata dekat dihati. 4 tahun bukan singkat.. Banyak kenangan yang terpasak.. Allah.. Tentukanlah yang terbaik buat hambamu ini.. Amin..

Nasib dirumah masih ada pes laksa.. Dapatlah buat sendiri.. Versi sendiri sebabnya main campak segala yang perlu. Kalau nak ikutkan kena asing-asingkan.. Ahh.. Tak kisahla..  Janji bau dan rasa tu ada.. Asal sampai hajat di hati.. Alhamdulillah.. 


Berkursus dengan kawan baru

Stress!! Serius stress!! Susahnya nak terima keadaan baru ni.. Sekarang ni mode 'sedang bertahan'. Tak tau nak terang macam mana.. Tak tau nak berakhir macam mana.. Apa kesudahannya.. Biar masa yang menentukan.. Masa yang akan terus berjalan.. Masa yang tidak ada istilah menunggu.. Masa yang kejam pada aku..






Gambar ni menjadi saksi satu sejarah kehidupan tahun 2018. Nampak macam normal kan.. Tapi entah apa dalam fikiran. Meski wajah tersenyum nipis.. Sehari sahaja.. Berkursus dengan kawan-kawan baru yang belum dikenali hati budinya. Belum ditelaah bahasa tubuhnya. 

Banyak lagi cubaan berani mati selepas ni.. Ambil risiko terjun ke dalam sungai yang dalam. Entah timbul, entah tenggelam. Tunggu dan lihat.. Semoga ada kudrat untuk bertahan..

Friday, 23 March 2018

"Tersedar kau hilang di hati"

Hidup Dalam Mati - Syamel -

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati


Friday, 9 March 2018

Perpisahan

Bila berlaku perpisahan, aku sesat..
Sesat dalam ketakutan..

Aku takut dengan wajah-wajah baru.
Aku takut dengan ketakbiasaan.
Aku takut dengan kebodohan.
Aku takut dengan momokan.

Semoga semuanya baik-baik saja..
Bantu aku Ya Allah..
Berikan aku kekuatan untuk menempuh semuanya.. Amin Ya Rabbal Alamin..


New chapter

Dapat pindah.. Ya, Cik Yaya dapat pindah. Dah tak perlu lagi ke Kapit.. Perasaan? Hmm.. Tak tahu macam mana nak luahkan.. Gembira ada sedih pon ada.. Sedia dalam tak sedia.. Berdebar.. Pendek katanya, caca merba.. Susah nak luahkan.. Let time reveals.. Apa pon yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Betulkan?