Wednesday, 28 September 2016

Pekak?

"Cikgu, gambar kena lukis tak?"

"???"

"Cikgu, gambar kena lukis tak?"

"Apa? Tak dengarla.. Cakap kuat sikit"

"Cikguuuu, gambar kena lukis takkkk?"

"Ooo.. Mestila kena lukis.."

"Ok.. Kenapa cikgu makin pekak?"

"Gulp!!!...."

Sekali dengar macam kurang ajar pulak budak ni.. Tapi sekali fikir, berterus terang betul budak ni. Fikir banyak-banyak kali... Yela... Memang makin pekak.. Asik tak dengar je.. Lepas dikaji-kaji, rasanya Cik Yaya dah dapat beberapa jawapan kenapa Cik Yaya makin pekak??

Pertamanya..



Ini fakta!! Diulang sekali lagi, ini fakta!!

Keduanya..

"Sebab lain saluran eustachian bengkak / tersumbat kerana demam menyebabkan ketidakseimbangan tekanan udara di luar & dalam telinga. Ini mengakibatkan gegendang telinga akan tertekan ke dalam & menyebabkan gegendang tidak dapat bergetar dgn bebas."

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_kepekakan

Ya.. Cik Yaya memang sedang batok dan selsema..

Ketiganya..

"Age
There is a progressive loss of ability to hear high frequencies with aging known as presbycusis. For men, this can start as early as 25 and women at 30. Although genetically variable it is a normal concomitant of ageing and is distinct from hearing losses caused by noise exposure, toxins or disease agents.[19] Common conditions that can increase the risk of hearing loss in elderly people are high blood pressure, diabetes or the use of certain medications harmful to the ear.[20] While everyone loses hearing with age, the amount and type of hearing lost is variable."

Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Hearing_loss

Aaaaaaa... Kalau sebab ni x leh nak buat apa la..

Keempat..

Jangkitan bakteria atau kulat di telinga luar (otitis externa). Jangkitan ini boleh menyebabkan lubang telinga menjadi tersumbat dengan nanah atau kotoran. Jika lubang telinga bengkak pesakit juga akan berasa sakit dan demam. Jangkitan telinga luar (otitis externa) ini boleh menjadi jangkitan yang serius terutamanya pada pesakit kencing manis (diabetes).

Sumber: http://earnosethroatdoc.blogspot.my/2013/02/telinga-rasa-sumbat.html

Dulu masa kecik-kecik selalu sakit dalam telinga akibat jangkitan.. Mesti ini pon menyumbang pada tahap kepekakan Cik Yaya hari ni..

Aaaaa... Harap-harap lepas pulih batok dan selsema ni, kuranglah kepekakan ni.. Bukan saja pekak, cakap pon bunyi macam orang sengau.. Suara pon jadi slow mlow.. Kalau makin teruk jugak terpaksala belajar ni..


Untuk kegunaan masa hadapan.. Huhu.. 

Walau pon post ini tentang pekak, namun ia tiada kena mengena dengan filem Pekak yang tengah kontroversi sekarang. Cik Yaya langsung tak berminat dengan filem tuh.. Diulang sekali lagi.. Tiada kaitan ok!! Tiada kaitan!! Tiada kaitan!! Eh, berjangkit gamaknya pekak ni.. Haha.. 



No comments:

Post a Comment