Sunday, 17 July 2016

Anti-sosial?


Masa bulan Ramadhan yang lepas, kawan-kawan Cik Yaya ada buat majlis berbuka bersama-sama.. Tapi Cik Yaya tak ikut.. "Kenapa tak ikut majlis tu?" Hmm.. Bila dihentam dengan pertanyaan macam tu, Cik Yaya rasa macam dah terlalu anti-sosial.. Sebenarnya penjelasan Cik Yaya macam ni..

Cik Yaya bukanlah anti-sosial terlampau.. Cik Yaya tak suka berada di sesuatu tempat yang Cik Yaya tak selesa.. Yang akan membuatkan Cik Yaya hipokrit.. Letih.. Tak semua tempat atau majlis Cik Yaya rasa macam tu.. Hanya majlis tertentu sahaja.. Cik Yaya tak bodoh untuk boikot semua jenis majlis.. Boleh faham tak.. Rasanya Cik Yaya ada hak untuk menentukan keberadaan diri dan mengikut kehendak hati sendiri.. I just don't want to be somewhere I don't belong..

Cik Yaya anak perempuan tunggal dalam keluarga.. Memang dari kecil Cik Yaya suka menyendiri.. Kalau beramai pon.. Dengan ahli keluarga.. Itu dah menjadi kehidupan Cik Yaya dan menjadi salah satu penyebab Cik Yaya tidak suka bergaul dengan orang.. Menjadi yang tunggal tidak mudah.. I don't have anyone to be my partner in crime.. Takde teman.. Jadi dari kecil, rumah adalah tempat yang paling selamat bagi Cik Yaya.. Orang yang tidak tahu apa-apa tentang Cik Yaya tak berhak menghukum..

Semakin dewasa, semakin berubah.. Cik Yaya belajar untuk bergaul dan berkomunikasi.. Pengalaman-pengalaman yang dikutip mematangkan lagi cara pemikiran dan tindakan.. Cik Yaya yakin yang Cik Yaya dah mampu membuat keputusan sendiri.. Jadi janganlah dipertikaikan.. It will make me feel bad.. It is a burden for me to answer that question.. Just accept me for who I am.. Then, guide me to the right path.. A way to change.. Hold my hand and walk together with me.. For the better me..


No comments:

Post a Comment