Monday, 18 April 2016

It's okay..

It's okay..
It's okay..
It's okay..
It's okay..
It's okay..
It's okay..
It's okay..
It's okay..
It's okay..
It's okay..
It's okay..
It's okay..

Sunday, 17 April 2016

Bantal mini..


Sebagai contoh untuk pertandingan reka cipta Bantal Mini sempena Bulan Teknik dan Vokasional Smk Kapit No.2..

Berat hati..

Terasa berat hati nak pergi berkursus esok.. Entah kenapa.. Tak ada semangat.. Petanda apakah ini? Bila Cik Yaya mengadu pada orang sekeliling, mereka cuba beri semangat dan sokongan.. Tapi masih.. Masih berat.. Hmmm...

Sunday, 10 April 2016

Hasil berkebun..


Alhamdulillah.. rezeki berbudi kepada tanah..  Walaupon sekangkang kera, tapi tetap tak mengecewakan.. Rasa seronok berkebun.. Tambahan pulak, ada housemate yang berkongsi minat yang sama.. Sama-sama  berkebun dan mencari ilmu berkebun.. Terima kasih Izzati... Sama-samalah kita mengusahakan kebun mini sekangkang kera kita.. Haha..


3 hari dok perabih sayur-sayuran ni.. Terutamanya kacang panjang.. Boleh kata semua menu mesti ada kacang panjang.. Nasi goreng ke.. Makaroni goreng ke.. Telur goreng ke.. Haha.. Yang kat atas tu main menu.. Goreng kacang panjang dengan pedal ayam.. Alhamdulillah...


Kerepek daun mulberi..


Begitulah rupanya... Tak pernah Cik Yaya goreng daun macam ni.. Kat sini baru jumpa bayam goreng. Hari ni buat pulak daun mulberi goreng... Sungguh.. Jauh perjalanan, luas pengalaman.. Alhamdulillah.. Kat sini la kenal pokok mulberi.. Kat kampung pon ada, ayah cakap.. Tapi tula.. Semua berlaku tepat pada masanya.. Jodohnya di sini.. Haha.. 

Nila pokok mulberi.. (gambar google) Pokok CikYaya kecik lagi. Buah pon 3 biji.. cinonet je saiznya.. Malu nak tunjuk.. Haha..

Khasiat pokok mulberry

Tahun lepas kawan Cik Yaya bagi batang mulberi untuk ditanam.. Tahun ni dah naik tinggi... Tapi pokok ni kena dicantas selalu.. Barulah berbuah banyak dan besar.. Masa misi mencantas, Cik Yaya rasa sayang pulak nak buang daun-daun mulberi tu.. Jadi, pakat dengan housemate untuk goreng.. Lebihnya kami keringkan untuk dibuat teh.

Antara khasiat daun mulberi ni ialah boleh mengurangkan paras gula dalam darah untuk pesakit diabetis. Selain itu, ia dapat mengawal tekanan darah. Pucuk muda daun mulberi boleh dibuat ulam untuk awet muda.. (wahhhhh... ) 

Lain-lain khasiat pokok mulberi ialah..

Kulit akar mulberi dapat menyembuhkan
1. sakit gigi,
2. tidak datang haid,
3. batuk berkahak,
4. sesak napas (asma),
5. muka bengkak (ederna),
6. kencing tidak lawas dan susah (disuria),
7. cacing kerawit.


Sementara buahnya berkhasiat menyembuhkan
1. penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi),
2. jantung berdebar (palpitasi),
3. kencing manis,
5. rasa haus dan mulut kering,
5. sukar tidur (insomnia),
6. batuk berkahak,
7. kurang pendengaran dan penglihatan kabur,
8. telinga berdenging (tinnitus),
9. tuli, tujuh keliling (vertigo),
10.hepatitis kronis,
11.sembelit pada orang tua.


Rasa daunnya masam-masam sikit... Sekian saja perkongsian kita hari ini.. Semoga bermanfaat untuk semua.. *(0_0)* Babai!!!