Saturday, 29 August 2015

Saranghae..

Bila bertemu, senyuman terukir di bibirku..
Bila bertemu, jantungku berdegup laju..
Bila bertemu, mataku umpama terpaku..
Bila bertemu, merah.. aku malu!!

Bila menjauh, aku jadi tidak menentu..
Bila menjauh, aku mencari wajah nan satu..
Bila menjauh, ingin sekali aku bertemu..
Bila menjauh, hatiku rindu!!

Kau telah meghidupkan hati,
Yang sangkaku telah mati!!

~Yaya~


Thursday, 27 August 2015

Kami buat bunga!!

Aktiviti terbaru dari kelab pengguna.. Membuat bunga dari plastik...


Bahan-bahan yang diperlukan..



Contoh bunga yang dah siap..











Setelah 1 jam setengah baru siap sekuntum.. Haha..



Semuanya baru belajar.. Okla tu.. Hehe.. Tahniah semua.. <3


Sunday, 23 August 2015

Kejohanan Balapan dan Padang SMKK2 kali ke-5 2015!!

Fuh, panjang bebenor tajuk!



Merujuk perkara di atas, berikut adalah beberapa gambar yang Cik Yaya nak kongsikan sekitar hari kejadian.. Ececece.. Terformal la pulak.. Hihi.. Lokasi:-Stadium terbuka Kapit.







Apa? rumah Cik Yaya dapat nombor berapa? Soalan tu tak yah tanya pun tak pa.. Tentulah rumah yang dapat No.1!! Sudah gaharu, cendana pula...

Haha.. Mencatat rekod.. Kali pertama, rumah DeLIMA (rumah merah) dapat nombor 1 dalam Kejohanan Balapan dan Padang SMKK2 yang diadakan buat kali keLIMA tahun dua ribu LIMAbelas...  Banyak 'ong' itu LIMA.. Yey!

Tapi ada yang tak best hari sukan ni... Bila balik semula ke sekolah, semua orang terbakar!! Ada yang merah macam udang bakar, ada yang hitam macam arang.. Huhu.. Amik masa jugak ni nak pulih semula.. Pengajarannya di sini.. pakaila Sunscreen atau Sunblock semasa hari sukan.. Okey?


Aktiviti membuat keychain!!

Siapa?
- Ahli Kelab Pengguna
Projek?
- Membuat rantai kunci
Bahan?
- Kain felt, benang, jarum, gelang rantai kunci, reben, mata patung




Sunday, 2 August 2015

Penantian...

Terlalu banyak penantian sekarang ni.. Cik Yaya letih!!

Apakah Cik Yaya akan menjadi pungguk, menanti bulan yang tak akan pernah jatuh keriba...

Atau Cik Yaya akan dihadiahi pelangi indah setelah lama menanti hujan reda...

Masa yang akan menentukan...

Segala yang berlaku adalah yang terbaik dariNya...