Tuesday, 28 January 2014

Resepi kek minyak..

Mudah dan enak.. x yah buang masa, meh kita tengok resepinyer..

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovellete
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu ekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna

Cara-cara:


Masukkan telur, gula dan ovellete ke dalam bekas.


Pukul sampai kembang.



Masukkan minyak


Masukkan susu.

Masukkan esen vanilla (kalau nak perasa lain pun boleh) dan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder. *tiada dalam gambar*


Bahagikan adunan dan warnakan. Selang selikan adunan seperti gambar di atas.


Bakar atau kukus adunan. Cik Yaya lebih suka yang  versi bakar. 


Bila dah masak, potong dan sedia di makan.

SELAMAT MENCUBA!!
 

Jari jemari Cik Yaya..

Jeng jeng jeng...



\









Taraaa... dah siap! Kuih ketayap. xde pewarna, besaq2 (cepat sikit kenyang) dan berlubang di ke22 hujungnya..Senang cakap, inilah kuih ketayap versi orang malas!! haha.. ada ku kesah?? janji kenyang!


Friday, 17 January 2014

Pergi memancing..

Cik yaya stress dalam beberapa hari ni menunggu penempatan oleh KPM.. Jadi cik yaya ikut adik2 cik yaya pi memancing.. Dapat menghayati langit yang membiru.. mendengar air yang mengalir.. dan ditemani angin yang bertiup lembut... Tenang sikit rasa hati ni... Ni la tempat cik yaya memancing..





lalalala....


Sebenarnya cik yaya suka tengok langit.. langit yang berawan lagila cik yaya suka... masa kecik2 dulu, cik yaya suka cari gambar tersembunyi  kat langit.. Mesti korang x tahukan ape yang cik yaya maksudkan... Rahsia!! x mau bagitau.. haha..

Apa? Dapat ikan ke tak? Iskh, soalan apa ni?

Mestila.... TAK DAPAT!! Haha.. Stress!!

(Ni mengubat stress ke menambah stress?)


Tuesday, 7 January 2014

Does your past defines who you are today??....


If a child lives with cricism, he learns to condemn…
If a child lives with hostility, he learns to fight…
If a child lives with fear, he learns to be apprehensive…
If a child lives with pity, he learns to feel sorry for himself…
If a child lives with ridicule, he learns to be shy…
If a child lives with jealousy, he learns to feel guilt…
But…
If a child lives with tolerance, he learns to be patient…
If a child lives with encouragement, he learns to be confident…
If a child lives with praise, he learns to be appreciative…
If a child lives with acceptance, he learns to love…
If a child lives with honesty, he learns what truth is…
If a child lives with fairness, he learns justice…
If a child lives with security, he learns to have faith in himself and those about him…
If a child lives with friendliness, he learns the world is a nice place in which to live.

                                                                                                                      Dorothy Louise Law Nolte’s

....For me.. yes it does. But please deal with it and move on your life.. Remember.. 
What does not kill you, will make you stronger!!

Thursday, 2 January 2014

Perihal rezeki..


“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7
“Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132
“(Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.” Surah Huud : ayat 52
“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39

Ya Allah, tabahkanlah hati ini dalam mengharungi saat2 getir ini.. Amin ya Rabb..

Beg merewang untuk emak...




Atas permintaan mak cik yaya, inilah hasilnya setelah penat beliau menunggu...
ok x? ok x? Hahaha..

Resepi Kuih Getas..

Assalamualaikum..

Kali ni Cik Yaya nak share resepi kuih getas.. Asal usul kuih ini tidaklah cik yaya mengambil tahu pulak.. kuih ni pun first time cik yaya buat lepas ketandusan idea nak buat hidangan minum petang.. Rasa kuih ni lemak2, manis2 dan kenyal.. 

Bahan2nya ialah

A (kuih)
1) tepung pulut- kuantiti ikut suka
2) kelapa parut (yang agak muda)- sama banyak ngan tepung pun ok.
3) garam secukup rasa
4) air secukupya.
5) minyak masak untuk menggoreng

B (sira)
1) gula
2) air
3) daun pandan


\
Lepas kita campurkan semua bahan A, inilah hasilnya.


Setelah dibentuk, kita goreng dalam minyak api sederhana.


Tara.. dah siap goreng


Selepas sira ngan gula, jadik mcm ni la.. x dapat nak snap gambar proses menyira sebab mak cik yaya yang buatkan.. cik yaya tengah main badminton masa tu.. 

Sekarang, dh boleh sentap.. eh2 salah.. santap.. sentap nk buat ape daa.. 

Selamat mencuba!!!

Sekuntum mawar di hari lahir.. Ewah2...


27 Disember 2013 yang lalu genaplah umur cik yaya yang ke ehem ehem.. batukla pulak.. hehe.. 
Ros kat atas tu hadiah yang diberikan oleh adik cik yaya ... So sweet... tq na... 





HOPING FOR THE BEST IN 2014 AND ON!!!

 SYUKRAN YA RABB...