Thursday, 30 May 2024

Teachers' Day 2024

Di sini saya nak isytiharkan bahawasanya Hari Guru 2024 adalah hari guru terburuk pernah Cik Yaya lalui sepanjang bergelar guru. Nak tahu kenapa?



Bukan sebab tak dapat hadiah.. Masih ada murid yang menghargai diri ini walaupon saya garang dan tegas. Cikgu disiplin kan.. 


Bukan sebab tema baju.. Ianya masih boleh diterima... Cik Yaya dalam kumpulan bertemakan pakaian Eropah. Ada tak nampak elemen eropah di situ? Hahahaha. Tema lain ialah Cina, Korea, India, Jepun, Indonesia, Melayu dan Arab. Ada limit ye bilangan guru setiap tema. Haru kan? (One of the things that make me feel uneasy but still acceptable)





Aktiviti hari guru pon best
 Ada 3 aktiviti iaitu pertandingan mendeko kek, pertandingan karaoke dan pertandingan hafazan surah Al-Kahfi dan surah Yaseen. Cik Yaya sertai pertandingan deko kek sahaja.Alhamdulillah dapat juga hadiah tempat ketiga. Hehehe..

Jamuan makan pon okey.. Semua menu yang disajikan sedap-sedap belaka (walaupon x de gambar nak ditunjukkan)... Alhamdulillah..

Jadi, apa masalahnya?

Sebenarnya puncanya ialah...

Sebab semua guru diwajibkan membuat persembahan pada hari tersebut. Diulang, WAJIB!! Sakit hatiiiiii. Bagi Cik Yaya, benda-benda macam tu tak boleh diwajibkan. Tak semua orang sudi dan sedia nak menyanyi, menari atau membuat persembahan. Tambahan pulak depan 800 pasang mata yang biasanya memandang tinggi atau mengidolakan guru. Terasa ada sesuatu yang tidak kena di situ. Terasa seperti ianya menjatuhkan martabat seorang guru. Terutama bagi guru-guru yang selalu serius macam Cik Yaya ni. Terasa hilang kredibiliti dan ketegasan yang selama ini dipertahankan. Oh My God! 

By the way, kumpulan Cik Yaya pilih untuk menari. Can you imagine that? Me? Dancing? Hmmm... Terpaksa okey!

Sekian curahan hati dan penjelasan dari saya mengapa hari guru tahun ini adalah yang terburuk dalam sejarah perkhidmatan saya. Sesungguhnya organizer tahun ni sangat pentingkan diri dan tidak menerima cadangan orang lain. Takziah kepada pengurusan hangpa! Semoga terus cemerlang membuat program-program bodoh selepas ini. Adios!

My darkest teachers' day ever! Sealed!

No comments:

Post a Comment