Wednesday, 13 March 2024

Etok Salai

Kali pertama seumur hidup makan benda alah ni. Cik yaya beli masa on the way balik dari Rantau Panjang masa cuti sekolah baru ni. Kenapa pergi rantau panjang? Nantila Cik Yaya cerita. Malas nau nak menulis. 

Sebungkus etok-etok ni berharga RM5.Beli di gerai tepi jalan.

Bila buka, banyak ni lah isinya. Ada macam-macam perisa. Macam ada nampak perisa tomyam dan bbq hari tu. Tapi rasanya ada pelbagai lagi. But, as a first timer, I bought the original flavor. Bau salai dia wangi.

Kawan Cik Yaya kata dia biasa bukak guna gigi je. Gigit sikit bahagian hujung cengkerang tu, lepas tu buka dengan tangan. Tapi, disebabkab Cik Yaya makan di rumah, Cik Yaya pecahkan guna gunting. Lagipun, tak berapa nak yakin dengan gigi yang ada ni. Kang yang digigit tak pecah, yang menggigit pulak retak seribu. Hehehe.

Nampak tak isi etok-etok tu? Isi dia nipis ja.. Rasa dia? Tekak Cik Yaya rasa masin dan rasa makanan laut yang kuat. 

Alhamdulillah atas rasa dan pengalaman pertama ni. Kalau ditanya, nak makan atau beli lagi tak lepas ni? Jawapannya, kalau saja-saja, tak kot. Tapi manalah tau satu hari mengidam teruk, bolehla diulang lagi. Hahahaha... Byebyebye. Salam Ramadan ke-2 semua!!


No comments:

Post a Comment