Tuesday, 27 December 2022

Cuba berdamai dengan takdir!

Happy birthday Yaya!!!

Banyaknya hal yang berlaku tahun ni... Banyak belajar, banyak merasa, banyak kejayaan, banyak kebodohan,  banyak keputusan, banyak yang pertama, banyak juga yang berakhir.. 

Sekarang ni Cik Yaya rasa diri makin dewasa, makin letih, makin gembira, makin hilang empati, makin selesa, makin senyap, makin bahagia, makin imun dan makin bijak! Hahaha..

Wahhh, ada positif, ada negatif! Lengkap asam garam kehidupan! Kalau semuanya baik, itu bukan kehidupan yang sempurna kan? I think I have  lived my life to the fullest this year! Dengan keluarga dan kawan-kawan.. 

Syukur tak terhingga kepada Allah SWT yang maha pemurah dan maha pengasih atas nikmat yang diberikan.. Thank you Allah.. Alhamdulillah.. Semoga semua ini menjadikan diri ini makin kuat pada masa hadapan.. 

Tahun ni Cik Yaya makbulkan impian sebagai hadiah untuk diri sendiri. Hahaha.. Hadiahnya ialah....... renovasi rumah!! (Hmmm, nampak nau dah tua. Excited dengan rumah sendiri. Hahaha..) Tengah dalam proses.. Tak sabarnyaaaa!! InsyaAllah.. 

Thank you Allah....


Berjaya atau tidak Cik Yaya berdamai dengan takdir? Hmmm..




Monday, 26 December 2022

Selamat datang sayang..

Anak saudara ke 7 dan 8 telah selamat hadir dalam kehidupan kami.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..



Nurul Haifa hadir 7 Oktober yang lalu.. Dah nak masuk 3 bulan dah usianya... Alhamdulillah, membesar dengan sihat dan comel...


Yey! Hero nombor 3.. Alhamdulillah, Muhammad Deniz Farhat selamat dilahirkan 6 Disember lepas.. Yang ni mak long belum dapat pangku, peluk cium lagi.. Hehe.. InsyaAllah.. Tunggu ye...

Semoga membesar dengan bijak, sihat dan kuat.. Semoga menjadi mujahid dan mujahidah agama dan bangsa.. Aamiin...❤️❤️❤️