Friday, 18 June 2021

Smile :)

 




Cik Yaya selalu fikir yang semua orang dalam dunia ni ada masalah masing-masing.. Ada yang dalam kesedihan, kelaparan, kemiskinan, kerugian, ketakutan, kerisauan.. Macam-macam lagilah..
Cik Yaya selalu doa agar semua orang yang bermasalah tu tersenyum..
Cik Yaya harap akan ada seseorang atau sesuatu yang akan membahagiakan diorang..

Mungkin dari senyuman  seorang ibu..
Mungkin dari redup pandangan seorang ayah..
Mungkin dari sentuhan seorang anak kecil..
Mungkin dari gengaman tangan seorang kekasih..
Mungkin dari tawa bersama sahabat sejati...
Mungkin dari telatah haiwan kesayangan.
Mungkin dari pandangan mata yang mencuit hati..
Mungkin dari telinga yang mendengar kisah-kisah penglipur lara..

Dari apa sahaja yang akan buat mereka tersenyum dan dapat menyembuhkan hati dari masalah-masalah yang dihadapi.. Mari wujudkan dunia yang bahagia!!

#Keepsmiling
#Youarenotalone
#Bestrong
#Benice






No comments:

Post a Comment