I'm here, living in pieces..
Friday, 30 April 2021
Sunday, 25 April 2021
Friday, 23 April 2021
Janji Allah itu pasti...
20 April 2021/ 8 Ramadan 1442
Lahir anak saudara yang ke-5
Tuesday, 20 April 2021
Goodbye and welcome!!
“To say goodbye is to die a little.”
― Raymond Chandler, The Long Goodbye
Banyak benda yang berlaku beberapa minggu ni..
Cik Yaya bertukar sekolah. Ya, betul.. Tak tipu.. Tiba-tiba sampai surat pertukaran sekolah. Masa dapat tahu tu, Cik Yaya baru je sampai kat Kedah. Malamnya Cik Yaya memandu 9 jam tanpa henti. Dari Pahang ke Kedah. Sebabnya tok sakit tenat. Dalam keadaan mabuk sebab tak cukup tidur, dapat berita ni dari kawan- kawan. Sungguh! Otak ni tak boleh nak hadam.
Terkejut? Semestinya! Permohonan pertukaran taun lepas dah gagal. Tapi, siapa yang dapat menolak percaturan Allah.. Rezeki, ajal dan jodoh semua di tangan Allah.. Semua rahsia Allah. Sampai sudah rezeki Cik Yaya untuk berkhidmat di sekolah yang dekat dengan rumah.. Alhamdulillah..
Adat berpisah, sedih dan rindu.. Sedih meninggalkan kawan-kawan dan anak-anak murid. Suasananya... Im dying inside.. Arghh, kuatkan aku Ya Allah..
Dan sekali lagi diuji dengan ketakutan. Takut kerana ke tempat baru. Takut kerana semuanya asing. Takut dengan wajah-wajah baru yang belum dikenali hati budi. Takut dengan kebodohan diri sendiri. Bantu aku Ya Allah..
Sekarang, hari ini, dah 9 hari di sekolah baru. Alhamdulillah.. Setakat ini dipermudahkan.. Banyak lagi yang kena belajar. Terima kasih Ya Allah..
-
Itik berenang dalam perigi, Ayam nampak geli hati, Seminggu lagi sekolah cuti, Wow, berbunga- bunga rasa hati. Ayam ketawa masuk longk...
-
Selalu sangat dengar kan? Teringat satu masa dahulu ada kawan yang mempersoalkan maksud kedua perkataan ni.. Yang Cik Yaya tau, Hidayah mak...
-
Ok! Benda ni adalah nadi seorang cikgu. JADUAL WAKTU? Ya, jadual waktu. Kenapa? Sebab dengan adanya jadual waktu, guru dapat menjalankan...