Friday, 6 November 2015

Pengalaman mengawas SPM...

Tahun ni buat pertama kalinya Cik Yaya jadi pengawas SPM... Ini memang cita-cita Cik Yaya setelah sah bergelar guru tetap.. Alhamdulillah.. Tak pernah terlewat atau tercepat.. Semuanya tiba tepat pada saatnya.. Perancangan dari-Nya adalah yang terbaik... 

Sekolah yang Cik Yaya mengawas tu cuma 15 minit dari rumah sewa. Ada 9 orang semuanya termasuk Cik Yaya.. Alhamdulillah.. Semuanya baik-baik dan mesra... Mula-mula tu takut jugak.. Nak berkenalan dengan kawan-kawan baru.. Nervous akak!! Haha..

Bila mengawas, masa adalah perkara yang paling penting.. Nak dijadikan cerita.. Satu-satunya jam yang Cik Yaya ada telah berjaya mematikan dirinya pada 1 September 2015 pada jam 11:09 minit malam. Walhal.. Peperiksaan SPM bermula pada 8:00 pagi 2 September 2015.. Subhanallah... Dugaan, dugaan... Terduduk Cik Yaya bila sedar jam Cik Yaya dah mati masa bersiap nak ke pusat peperiksaan. Dah la pertama kali.. Namun begitu, semuanya lancar. Alhamdulillah.. Cik Yaya bergantung dengan jam  dinding yang disediakan dalam bilik peperiksaan.



Masa mengawas, mata mesti  perhatikan calon.. Nak duduk ke, berdiri ke.. Tak kisah.. Main telefon adalah satu dosa besar... Hehe.. Mencabar tak? mencabar tak?

Waktu mengawas, macam-macam karenah yang Cik Yaya perhatikan.. Teringat balik masa-masa Cik Yaya ambik SPM dulu.. Hehe.. Manis pulak rasa... Walaupon masa tu tuhan sahaja yang tau gelora di jiwa.. Chewaahhh! 

Cube korang renung betul-betul ragam kat bawah ni.. Mana satu tabiat korang masa tengah jawab exam?? Haha..

Gelagat normal:
  • Bawak air- tak kisahla air apa pon..
  • Bawak refreshment macam gula-gula.. chewing gum..
  • Alat tulis opkos baru.. Paling ketara pemadam la sebab plastik pon x kopek lagi..
  • Lepas keluar mesti tanya kawan.. 'Eh, ko jawab soalan mana tadi?', ' Eh, soalan nombor ehem-ehem tadi ko jawab apa?', 'Eh, pengawas kita tadi comel kan..' Ops, ekekeke...
Gelagat yang tahu jawab :
  • Sensitif wei!! Bunyi pen jatuh pon nak marah.. Pintu dihempas angin, mengeluh, Aishhh...
  • Kalut sampai terpelanting pen.. Punyalah banyak isi dalam kepala dia..Sampai tangan tak tertulis.. Takut-takut.. Dok dekat ja ngan calon ni.. Kot-kot dia nak kertas tambahan.. Takut lambat sampai kang mengamok pulak!! Hehe..
  • Menulis je kerja dia.. Dari masa mula sampai masa akhir.. Fuhhh.. Hebat!!
  • Kejap-kejap berkerut dahi.. Kejap-kejap berkerut dahi.. Kejap-kejap berkerut dahi.... Sampaila masa menjawab tamat..
  • Berhenti tulis, tengok jam, geleng-geleng kepala, tulis balik..
Gelagat tak tahu nak jawab :
  • Pandang dan tersengih-sengih kat pengawas peperiksaan macam kerang busuk.. Garu-garu kepala dan sengih lagi.. Mengelamun... dan tido!
  • Tanda, padam, tanda, padam... Sampai nak berlubang kertas tu..
  • Jadi tukang kira-kira.. Kalkulator mesti ada walaupon masa tu kertas menulis esei, kalkulator tetap digunakan.. 2  minit sekali, kena kira bilangan patah perkataan.. Wajib!!
  • Ada jugak yang freeze sebaik sahaja melihat kertas soalan.. Adala beberapa minit.. Nasib baik sedar balik...
Hah? Gelagat pengawas? Opkosla terbaik.. Hawk eye ok!! Sikit pon tak menguap.. Penuh dedikasi, motivasi dan  kontroversi. Bersemangat waja mengawal bilik peperiksaan. Bertugas dengan cemerlang, terbilang dan gemilang! Tak percaya? Tak percaya mai la check kat Kapit nih.. Hehe.. Tak sabar nak meneruskan tugas mengawas pada minggu-minggu akan datang.. Semoga semua berjalan lancar.. Amin...

Apa-apa pon, Selamat menjawab SPM 2015 kepada semua yang mendudukinya!!



No comments:

Post a Comment